Sunday, July 21, 2019

Beli Hadiah dengan Duit Raya


Tahun ni awal sikit anak2
kira duit raya.
Tahun lepas lagi berapa hari nak raya haji kot,
baru terhegeh nak mengira masing2 [link].

Dorang tengah asingkan
duit raya masing2.
Tiap sampul tu dah siap2 tulis nama
kononnya takut tak ingat
dan bercampur :p



Sebelum keluarkan duit,
harusla ambil gambar.



Masing2 keluarkan duit pastu kira.
Tiap sorang tak sama jumlahnya,
ada yg lebih sbb ada yg cikgu bagi,
ada kawan2 kelas bagi.

Walaupun tak sama jumlahnya,
Daddy dorang tetap akan samakan semua
bila nak masuk dlm akaun nanti.
Bagi adil semua gitu :)

Sblm nak masukkan duit dlm sspn,
memang menjadi rutin Daddy dia,
belikan barang2 yg dorang nak hasil
dari duit raya masing2 dengan
bajet yg ditetapkan.

Kalini ai tetapkan barang yg nak dibeli
tak lebih dari RM100.
Eh tahun sblm2 ni pun tak lebih seratus gak hehe

Aliah dari bulan puasa haritu,
dia pasang niat nak beli
satu buku kat Smiggle.
Sblm ni dah tgk harganya RM80 lebih.
Mahalnya la satu buku je pun.
Bila dah tahu harga,
enZaf saja bawak anak2 pusing2 dulu tgk barang lain.
Masa masuk MPH ada satu brg2 stationary
brand Inky ke apa...
lebih kurang mcm Smiggle gak,
tp harganya jauh beza.
Ofkosla murahkan.
So ai bgtahu Aliah,
dari dia beli kat Smiggle tu dpt 1 barang,
baik beli kat sini dpt byk barang haha

Dan ini la hasilnya.
Dia taknak toys kalini.



Pencil box, buku,
purse dan ruler.

Ariq plak memang dah target
nak remote control car.
Kebetulan plak minggu lepas
kami ada pergi Klang ada birthday party.

Lepas dari makan2 terus kami ke GM Klang.
Lama tak ke sana,
baru tahu ada building baru (wing baru)
dan GM Klang semakin besar sudah.

Pusing punya pusing dpt la
kereta yg berkenan di hati Ariq.



Oh Qaireen pun beli toys gak kat situ.
Nanti update dlm next entry
sekali ngan birthday party kawan.

Akak Zahra plak kemain permintaan dia.
Dia nak drone.
Jumaat baru ni pergi beli.
Lepas solat Jumaat enZaf ajak ke KL.
Tak ingat la jalan apa tp mcm nama
jalan tu Jalan Pasar.
Tempat enZaf beli ikan2 tuk akuarium dia.

Memandangkan tak pernah main drone,
dan ni la satu2nya pertama kali nak main.
Jadinya mintak org kedai tu
advice mana yg sesuai utk Zahra ni nak main.
Beginner la kiranyakan.



Itu pun enZaf bgtahu susah juga
nak control sbb tak biasa.
Kena selalu main.
Nanti dah expert boleh beli yg canggih sikit.

Gigih la Daddy dia melayan si Zahra
nak main drone ni hehe

Kesimpulannya, semua seronok
dengan barang pilihan masing2.

No comments: