Wednesday, July 10, 2019

Beraya di Sekolah


Tahun ni ai tak memasak atau tempah makanan untuk jamuan raya di sekolah anak-anak. Tak memasak sebab malas dan tak tempah sebab terlupa huhu... Apa yang tinggal hanyalah membeli :p Lagi pun cikgu dah pesan pada anak-anak, jamuan kali ini jangan bawa makanan berat. Makanan berat disediakan oleh pihak sekolah. Murid-murid hanya bawa makanan ringan sahaja seperti dessert, kuih dan seangkatan dengannya. Jadi ai beli kek butter dan kek pisang setiap seorang. Ambil gambar akak Zahra sementara menunggu van.



Raya tahun ini akak Zahra nak pakai dress aje. Tak nak baju kurung dan belikan dia dua pasang dress di Jasmina, Giant Kota Damansara. Tak silap ai harga dalam RM50 lebih untuk satu.



Gambar di bawah ini pula masa nak hantar Aliah dan Ariq.



Baju kurung Aliah pun beli di Jasmina juga. Warna tak sama sebab masing-masing yang pilih. Ariq pula memang ada satu saja baju melayu dia. Warna kegemarannya ialah warna biru. Bila dia dah suka sesuatu baju tu, kalau boleh nak ulang pakai seribu kali pun tak apa :) Letih juga melayan budak bertuah Qaireen ni sementara menunggu van sampai. Bila dah dapat jalan memang tak nak berdukung lah kan. Nak ambil gambar dia berjalan pun kena laju-laju hihi..



Kak Ros hantar gambar anak-anak bersama dengan kawan-kawan. Geng van sekolah gitu hahaha... Gambar di bawah ini geng van sekolah sesi pagi.



Ai sebenarnya berkenan dengan anak lelaki hujung kanan sekali tu. Kalau tak silap namanya Amar. Dia sama kelas dengan Zahra. Dari Tahun 1 sama kelas dan dari situ ai dah perasan dia :p Sebab apa berkenan, orangnya sopan dan berhemah. Kalau dibuat menantu memang elok sangat hihihi.. Amar ni bijak Matematik, mesti naik stage untuk ambil anugerah. Gambar di bawah ini pula geng van sekolah sesi petang pula. Comelnya anak bujang di tengah tu.



Cikgu kelas Ariq ada hantar gambar juga. Nampak seronok muka masing-masing dengan berpakaian raya :)



Bila tengok gambar-gambar ini mesti cikgu stress nak ajak dorang bergambar. Masing-masing tak tahu nak duduk diam dan tengok kamera. Senyum tengok gelagat masing-masing.



Itulah lumrah budak-budakkan, macam-macam perangai macam-macam karenah cikgu kena handle. Diriku yang jaga anak empat orang ini pun huru hara apa lagi cikgu nak uruskan seramai 30 orang murid. Perlukan kesabaran yang tinggi gitu. Alhamdulillah majlis raya di sekolah berjalan dengan lancar. Bila balik masing-masing bercerita apa yang jadi di sekolah. Semangat dan seronok mereka dan siap tapau makanan sambung makan di rumah hahaha..

No comments: