Thursday, July 11, 2019

Kena Chicken Pox


Qaireen kena chicken pox. Rasanya dia sorang je yang kena dalam adik beradik. Ariq dan Aliah kena demam campak je. Setakat ni tiada lagi kena jenis yang berair ni. Tak tahu dari mana Qaireen dapat huhu Pada mula-mula sebelum chicken pox tu keluar banyak, ai perasan ada satu gelembung air kat jari kanan dia. Agak besar juga sebab tu ai perasan. Masa tu tak terfikir lagi apa, ingatkan mungkin kulit dia sensitif macam ai bila kena sabun atau apa-apa detergent kulit keluar gelebung air. Esoknya waktu pagi ai perasan ada lagi naik gelembung air kurang dari 5 biji. Ai rasa badan dia pun sedikit panas, macam dedar nak demam gitu.

Ai bagi masa lagi tunggu sampai ke tengah hari, periksa seluruh badan dia ada naik bintik-bintik kecil kat bahagian belakang badannya. Masa tu terus rasa tak sedap hati dan bagitahu dengan enZaf untuk bawa Qaireen ke klinik. Lepas check-up memang dia demam sikit dan doktor pun sahkan dia kena chicken pox. Waktu petang makin banyak bintik-bintik air keluar kat badan dan muka. Susah betul ai nak ambil gambar dia tak reti dok diam bergerak sana sini.



Paling banyak naik kat belakang badan dan kepala.



Ai hanya ikut nasihat doktot, sapu losyen calamine sahaja kat chicken pox dia tu. Doktor pun ada bagi ubat tahan gatal, bila tengah naik dan terutamanya bila nak kering tu, masa tu la rasa gatal dan Qaireen mesti nak garu-garu. Mujurla Qaireen jenis tak kisah pun ai sapu losyen dan senang bagi makan ubat. Dan lega juga la sebab Qaireen demamnya tak lama, dalam 2 hari je lepas tu dia dah baik. Gambar bawah ni masa chicken pox dia dah start kering.



Kesiannya la anak Mummy, comot betul rupa tu hahaha



Oh ai ada juga bagi dia minum air kelapa, tapi dia tak suka. Walaupun dia tak suka, Daddy dia tetap beli hari-hari. Sudahnya ai yang banyak minum hihi. Nasib baik dia masih menyusu badan, so salurkan melalui air susu la kan hehehe Dalam hari ke-5 kalau tak silap ai, baru chicken pox tu turn ke bahagian kaki pula. Orang cakap kalau dah sampai kaki, tu tandanya chicken pox nak habis. Kat kaki dia tak naik banyak. Bole la kira kat peha betis tu, lepas tu kat tapak kaki keluar satu je. Oh ye, walaupun tak keluar banyak tapi yang keluar tu jenis besar terutamanya kat bahagian kelengkang. Seram juga tengok ada satu chicken pox tu betul-betul kena kat diapers dia. Takut sakit je huhu

Qaireen dah baik laju-laju ai ajak enZaf keluar haha Tak pergi jauh mana pun. Lepak Starbucks aje kat Curve. Tepu dah otak ai selama 2 minggu kuarantin. Si kenit ni pun gembira dapat hirup udara luar :p



Takde dah yang berair, semua dah kering. Tinggal nak hilangkan parut je.



Dalam banyak-banyak chicken pox dia, hanya tinggal satu je yang berparut berlekuk kat hidung. Harap-harap bila makin besar hilang la lekuk tu. Sebelum ni ai dok fokus satu chicken pox dia yang besar kat dahi tu tak nak bagi berparut, alih-alih tempat lain rupanya. Sabar je la.



Alhamdulillah, proses nak sembuh tu agak mudah la jugak sebabnya Qaireen masih kecil. Nasib baik dia jenis tak kisah sapu ubat bagai, muka dia redha je Mummy dia sapu satu badan semua. Lagi pun losyen calamine tu sejuk, syok la tu.

Baiklah ni kira tips dari ai jaga anak yang kena chicken pox.
- sentiasa sapu losyen calamine
- minum air kosong banyak-banyak
- minum air kelapa hari-hari
- bagi yang menyusu ai pantang makan, elak makan makanan yang gatal dan bergoreng
- kerap mandikan
- pasang aircond, kalau panas badan akan berpeluh dan menyebabkan rasa gatal-gatal pasti rimas tak selesa.

Bab mandi tu ai boleh katakan 3-4 kali mandikan Qaireen, supaya dapat kurangkan panas badan dan rasa gatal-gatal dia. Sambil tu ai buang kulit chicken pox mana yang dah kering. Jangan kopek saja-saja, masa mandi kulit tu akan lembut bila kena air baru senang nak keluarkan. Kalau tak boleh juga jangan dipaksa. Biarkan saja. Lepas mandi lapkan badan sekering-keringnya. Jangan biar lembab terutamanya bahagian berlipat atau terlindung. Ha dah macam dalam pantang pun ada hehe Harap-harap dalam seminggu dua ni tiada la berjangkit kat anak-anak yang lain.


No comments: