Saturday, July 6, 2019

Beraya di Legoland


Hari raya ke-3 kami pergi ke Legoland.
Tak plan pun nak berjalan ke sana.
Tiba2 je enZaf suruh packing,
jom pegi Johor.

Tp masa kami otw ke Johor tu,
ai n enZaf kena cirit birit.
Ya ampun tiap R&R berhenti okay.
Bergilir2 ke toilet.
Letihnya la...
Nasib baik hari kami ke Legoland ni,
perut kami berdua tak meragam,
tiba2 hilang macam tu je.
Pelik sungguh la.

Kami sampai siap dah Sealife,
entrance masuk pun cantik sudah.
Harusla bergambar.



Qaireen tengah sedap tidur.
Panas lit lit haritu.
Alhamdulillah.. ikutkan hari2 sebelumnya
hujan memanjang.
Rezeki anak2 gitu.



Aktiviti pertama anak2.
Laju masing2 nak main kereta.



Paling gembira semestinya la
Ariq Firman :)



Tempat wajib ambil gambar.
Tiap kali datang mmg kena bergambar
kat situ.
Bezanya Qaireen dah boleh berdiri.



Masa ni berdua ngan Qaireen.
enZaf bawak anak2 pergi
main dalam NinjaGo.



Gambar dari camera Daddy dorang.



Ariq sedih sbb dia takde point hehe



Daddy dia cakap tangan Ariq
tak jauh masa main tu.
Tak dapat nak detect haha
Kesian.. nanti cuba lagi ye abg Ariq.

Ai nampak masa dorang keluar dari situ.
Masa enZaf nak ambil gambar dorang,
laju2 ai ke pergi dekat,
kalau perhatikan belakang Ariq tu,
ada Qaireen terselit kat kayu hahaha..
Boleh plak Daddy dia tak perasan masa tu :p



Bila ai suruh enZaf tgk balik
gambar dia ambil tadi.
Terkejut dia katanya dia tak nampak
plak Qaireen kat situ hahaha

Kami naik tower plak.
Akhirnya dapat naik sbb
Qaireen dah setahun.
Bawah setahun tak boleh naik.



Aliah nak sangat bergambar kat kerusi besar tu.



King Ariq.
Kalau ada crown mesti cun.



Suka sbb dapat gambar 4 beradik.
Qaireen sibuk nak jalan.



Lepas bergambar tu kami berehat
makan dan minum.
Selesai semua.. sambung main
roller coaster plak.

Kalini Daddy dorang je layankan anak2.
2 kali dorang ni main.
Kemain seronok.

Tempat feveret akak Zahra.
Pun wajib bergambar kalau lalu sini.



Kami naik train plak.
Takde ambil gambar or video.
Sbb sebelum ni dah amik hehe

Lepas dah naik train,
jalan2 plak kat miniland.



Nak bagi Qaireen berjalan sebenarnya,
cuaca elok plak tu.



Berhenti rehat lagi tuk solat.
Masa otw nak balik tu,
nampak Legoland staff panggil anak2
ajak menari.
Rupa2nya menari kuda kepang.

Aliah & Ariq je yg nak join.
Akak Zahra malu2.



Selesai menari sesi bergambar.
Tak kisah la yg lain nak pandang ke tak.
Yang penting anak2 pandang Mummy snap hehe



Lepas tu ada menari lagi ngan maskot2 lego.
Seronok anak.
Ariq semangat nak bergambar.



Masa kami dtg tu,
tgh ada Lego Friends Show.
Ada byk aktiviti tp kami tak sempat nak join.
Jadi bergambar je la.



Lagi dan lagi.



Dorang bertiga minta
nak masuk SeaLife plak.



Daddy dorang cakap main dlm
theme park ni sampai puas dulu.
Padahal Daddy dia nak kena
buat kira2 beli tiket lagi hahaha
Mari berdoa agar enZaf
dimurahkan rezeki dpt bawa anak2
masuk dlm ni.
Dan ai dapat tumpang masuk sama :)

Ambil gambar lagi sekali,
kat tempat masuk sbbnya
Qaireen tak tidur.



Wefie bersama anak sulong.



Alhamdulillah cuaca elok..
ada la rintik sekejap
awan lalu gitu.
Yang penting anak2 gembira.

Masa Januari lepas
kami ada ke Legoland juga.
Tp tak update2 lagi dlm blog ni haha


No comments: