Di Kota Damansara (KD) ini terdapat banyak kedai makan. Ada saja kedai makan baru yang muncul, kedai makan yang tutup terus pun ada juga :) Begitulah kehidupan perniagaan ini kan. Ada yang semakin baik dan berkembang, ada yang sebaliknya. Bila banyak kedai makan baru muncul tinggal rajin tak rajin saja lah nak pergi mencuba setiap kedai makan baru tu. Kali ini ai mencuba makan di Let's DimSum. Kedai makan ini tidak lah terlalu baru, ai dah perasan sebelum ini cuma tak berkesempatan nak merasa lagi. Bila tiba-tiba teringat nak makan di sini, lajulah Whatsapp Tee B. Dia lah satu-satunya kawan ai yang rajin melayan tekakku ini hehehe... Masa bulan puasa dan raya hari tu tak sempat-sempat nak jumpa dengan dia, kiranya kali ini jumpa makan-makan post-raya lah gitu hahaha...
Oh ya, baru tahu yang kedai makan ini adalah kepunyaan Serina anak Chef Wan. Patutlah cantik interior kedai makan ini. Yang penting ianya sangat selesa. Sebelum Let's DimSum ni dibuka , rasanya Serina buka kedai Char Kuey Teow. Berhampiran juga dengan kedai lot sini tapi ai tak pernah cuba makan disitu. Tahu-tahu je dah tutup :) Dalam menu Let's DimSum ini ada Char Kuey Teow dia juga. Tapi ai tak ada lah order tu sebab tujuan utama nak makan dimsum hehe...
Senang hati bila tengok ada bubur nasi, boleh suapkan untuk Qaireen. Lauknya ai minta asing, kalau dah bercampur tak boleh makan pula dia. Dalam gambar atas tu nampak sedikit sahaja buburnya tapi besar sebenarnya. Saiz pinggannya besar sangat hehehe... Bagi ai portion besar, boleh makan untuk 2 orang. Sedap juga bubur nasinya. Untuk akak Zahra ai order Dumpling Mee Soup. Sedap juga yang ini.
Sebelum ini kalau akak Zahra nak makan Mee Soup dia suka di Restoran Mohd Chan. Tapi sejak cawangan di KD ini tutup, dia dah jarang makan. Nak pergi Restoran Mohd Chan yang lain agak jauh dari rumah. Sekarang ini, sudah tahu mana nak bawa akak Zahra bila dia nak makan Dumpling Mee Soup. Gambar di bawah ini antara Dim Sum yang kami cuba. Ambil order yang recommended saja :)
Eh! ai lupa pula nama-nama Dim Sum ini, yang ingat ada Salted Egg Bun dan Siew Mai. Yang lain tu lupa sudah :p Bagi tekak ai, kesemua Dim Sum ini sedap-sedap. Dicicah pula dengan kicap dan sos cili lagilah terangkat. Sos cili tu kena sedap, kalau tak sedap automatik makan Dim Sum pun rasa tak berapa sedap. Nampak gaya macam boleh repeat lagi ke sini. Boleh ajak enZaf cuba pula, dia pun suka makan Dim Sum.
Boleh tahan lama juga kami makan dan berborak dengan Tee B. Hampir pukul 6 petang. Sebelum keluar dari kedai, sempatlah minta staf situ tolong ambilkan gambar. Pandai dia ambil nampak elok je, bagus-bagus hehe.. Gambar di bawah pula, akak Zahra yang snap. Konon dah nak balik sangat tapi boleh sambung borak lagi di tempat letak kereta hahaha.. Entah berapa kali cakap bye bye tapi gerak tak juga :p
Lagi satu kalau jumpa Tee B ini, ada saja dia beli something untuk anak-anak. Tak pernah jumpa dia ini dengan tangan kosong. Untung berkawan dengan orang yang baik hati ni, rezeki sungguh. Alhamdulillah.
Terima kasih Tee B selalu buat anak-anak ni gembira. Diriku berdoa agar dirimu sentiasa dilimpahi rezeki yang luas dan dipermudahkan segala urusan.

No comments:
Post a Comment