Saturday, July 27, 2019

Anak-anak Demam


Cerita minggu lepas.
Dapat whatsapp dari guru kelas Ariq.
Dalam pukul 2 lebih,
bagitahu badannya panas,
dan Ariq kata dia tak larat.
Mintak tolong ai datang sekolah,
ambil Ariq bawa balik.

Terus ai siap laju2 dan
zass ke sekolah.
Ikutkan sebelum pergi sekolah tu,
ai dah perasan badannya panas.
Tp rupa dia mcm tak demam pun.
Siap main bola lagi tu sblm
nak pergi sekolah.
Tanya dia nak pergi sekolah ke tak?
Dia jawab nak pergi,
alih2 kat sekolah tak larat sudah hehehe

Masa pergi pejabat sekolah
tuk isi buku log kebenaran
ambil anak,
ramai juga parents ambil anak jua
sbb tak sihat sama.
Musim panas dengan cuaca tak menentu ni kan.
Habis semua jatuh sakit dan
berjangkit satu sama lain.

Masa dalam kereta
tanya Ariq nak makan apa.
Sbb dia tak sempat rehat kat sekolah.
Orang demam ni request nak McD.
Maka kita layankan la
sbb tu je la tekak dia yg lalu nak makan.

Sementara tunggu makanan sampai.
Harusla ambil muka
orang tak sihat ni.



Nasib McD boleh org hantarkan.
Tak payah susah2 nak angkat tray bagai :p
Ada anak kecik mmg elok la kan
ada servis macamni.

Dan sepanjang kat McD tu,
Qaireen tidur je.
Tenghari dia tak tidur,
masa dlm kereta menahan mata.



Aman Mummy dapat makan dengan tenang hehe

Bila makanan dah sampai,
berseri2 muka orang demam tu kan.
Baru bole senyum haha



Nasib baikla Ariq panas badannya satu hari je.
Esok tu elok dia okay dah.
Tapi berjangkit kat Aliah plak.
Dia plak dah start panas badan.
2 hari tak sihat.
Bila dia baik, jangkit kat Qaireen.
Qaireen demam dia on off.
Dari hari Ahad lepas
sampai la Khamis tu dia dah betul2 baik.

Eh bukan anak2 je demam,
hari Selasa lepas enZaf pun tak sihat.
Dia tak mula dari demam.
Tp rasa seram sejuk, bisa tulang.
Lepas tu baru rasa panas badan.
3 hari juga dia down.
Ni semalam dia kata masih rasa
tak sedap badan lagi.
Tp takde dah seram sejuk tu.

Nasib baik jugala anak2 tak sihat
tu tak serentak.
Kalau tidak mau rasa nak pitam.
Tp penat tak putus2 la.
Sorang-sorang sakitkan.
Tinggal mak kau tak hijau je haha
Okay esok nak pergi mengurut la,
rasa sakit2 badan.
Tegang urat sana sini sudah.

No comments: