Thursday, August 30, 2018

Duit Raya 2018


Seminggu sebelum raya haji, ai baru suruh anak-anak kira duit raya. Punya la lama baru nak kirakan. Kalau tak disebabkan raya haji ni, agaknya raya tahun depan baru kira kot huhu Itu pun anak-anak yang ingat haha Kalini bertambah la sket banyaknya sebab ada Qaireen :)



Bila ai kata jom kira duit raya maka gigih la masing-masing bawa keluar duit dari sampul.



Setiap kali bawa keluar duit ai akan suruh dorang double check semula sampul-sampul tu semua. Mana yang dah bawa keluar duit koyakkan sampul tu terus. Senang dari situ tahu dah yang sampul tu dah kosong. Nasib baik ai suruh check balik okay, rupa-rupanya ada lagi duit yang tertinggal dalam sampul tu.

Dah kira-kira dapat la dalam seribu lebih. Oh Mummy ada hutang RM100 duit raya dorang sebab masa tu tak sempat nak bawak keluar duit jadi pakai duit raya dorang masa tu hahaha Nanti duit-duit ni semua akan dimasukkan ke dalam SSPN dorang. Qaireen pun ai boleh la buka akaun baru sekali.

No comments: