Lama rasanya tak dating dengan Tee B. Kali terakhir kami berjumpa masa ai tengah berpantang. Tee B datang melawat baby Qaireen. Sebelum ai bersalin pun memang dah lama sangat tak jumpa sejak tahun lepas bulan 12. Akhirnya, dapat juga kami berjumpa sebelum bulan puasa. Masing-masing bersetuju berjumpa di Kenny Rogers, The Curve.
Selesai makan kami berjalan ke dalam Ikea pula. Ai nak mencari hadiah untuk cikgu kelas Ariq sempena Hari Guru. Masuk saja Ikea terus nak bergambar hahaha.. pantangkan nampak tempat cantik, laju tangan ini nak ambil gambar. Thank you akak Zahra ambilkan gambar kami.
Konon, buat-buat macam rumah sendiri. Lepas ambil gambar, sajalah send kat enZaf melalui Whatsapp. Manalah tahu kan tiba-tiba dia kata jom beli barang perabot. Tak ke nama rezeki tu :) Oh ya! tahun ini ada akak Zahra bersama bila pergi dating dengan kawan. Aliah sorang saja yang tiada sebab dia sekolah sesi petang.
Sekarang ini, setiap kali anak-anak pegang handphone ai, dorang dah pandai cari album gambar dalam phone nak tengok Mummynya ada pergi mana bila dorang kat sekolah. Lepas tu mulalah keluar pelbagai soalan, Mummy pergi mana, dengan siapa, makan apa dan beli apa. Amboi bukan main spotcheck dari A sampai Z hahahaha.. Mummy dia pun tak pernah spotcheck handphone Daddy dorang. Lagi pun tak ada rasa nak tengok handphone dia ada apa, kita letak sepenuh kepercayaan gitu hehehe..
Okay berbalik di Ikea semula :p Tak cukup dengan satu gambar bersama Tee B, ai minta akak Zahra ambilkan gambar kami lagi. Masa akak Zahra nak snap tu, tiba-tiba ada seorang lelaki lalu depan dia dengan selamba je. Mungkin dia tak perasan agaknya. Maka, begitulah hasil rupa kami yang tak ready itu. Jadi lah nak oi, akak Zahra pun lurus, dia snap satu kali je. Nak suruh ambil gambar lagi tak apa lah. Ini pun kira okay je lah hahaha..
Kalau dah masuk Ikea, keluar saja dari kaunter bayaran mesti Ariq minta aiskrim. Mujurlah ada akak Zahra nak tolong belikan. Itu pun sebab dia pun nak aiskrim juga hahaha... Mummy pun bagi lah upah sebab dorang ini tak cerewet teman Mummy jumpa dengan kawan.
Kami balik sebelum pukul 6 setengah petang, risau Aliah sampai rumah dahulu sebelum kami. Rumah tak ada orang, kunci rumah pun tak ada. Tak pasal menunggu luar pula. Qaireen sekarang dah penuh duduk dalam carseat. Sebelum ini banyak ruang sebab kurus, sekarang dah sendat hihihi.. Rambut tu pun bila entah nak lebat hahaha..
Lagi 4 hari, Qaireen berusia 3 bulan. Tak lama lagi kita pun nak sambut Ramadhan. Mencabar juga la berpuasa bila fully breastfeed. Qaireen pun agak kuat menyusu, harap-harap bulan puasa ini ai dapat puasa penuh. Selain dari menahan lapar dan dahaga, mental pun kena kuat juga. Chayok Yati!!! u can do it! :)

No comments:
Post a Comment