Sunday, September 2, 2018

Sayangi Malaysiaku


Walaupun dah masuk bulan September, dikesempatan ini diriku tetap nak wish Selamat Hari Kebangsaan yang ke-61 buat negara Malaysiaku tercinta. Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!! Cuti panjang selama 3 hari ini kami tiada ke mana-mana. enZaf pun berada di Johor atas urusan kerja. Jadi ai "merdeka" dengan anak-anak sahaja lah :) Disebabkan entry ini berkenaan merdeka, jadi ai pun letaklah gambar masa kami di Alor Gajah. Sebab gambar itu ada bendera Jalur Gemilang :) Kami singgah di salah satu gerai tepi jalan untuk minum petang.



Lepas makan ai bawak anak-anak kat tepi jalan ni sebab ada banyak bendera sepanjang jalan. Tiba-tiba ada satu perasaan sangat bangga dan luar biasa bila tengok bendera Malaysia. Semangat patriotik gitu.



Ajak anak-anak bergambar dan posing la mereka untuk beberapa gambar.



Mesti kereta yang lalu kat sini pelik tengok kami, dengan cuaca yang agak panas. Bukan main semangat dan gigih Mummy heret anak-anak bergambarkan. Sabar la ya anak-anak, ini semua kenangan kita bersama cewahhhh.



Seberang jalan ini sebenarnya ada satu monumen keris. Besar keris itu. Menarik kalau dapat bergambar kat sana, tetapi cuaca yang amat panas dengan peluh berjurai-jurai maka terpaksa abaikan. Lupa pula nak ambil gambar keris tu dari jauh. Tapi memang cantik lah, serius lawa. enZaf tiada masa ini, dia masuk pasar. Bersebelahan gerai kami makan tadi ada pasar kecil. Ingatkan dia masuk dalam tu nak cari toilet ke apa, rupa-rupanya dia beli gula melaka. Disebabkan dia dah beli gula melaka, ai terpaksa Google resepi yang melibatkan gula melaka hahahaha... kita tunggu dan lihatlah bila mood rajin tu nak datang :p

No comments: