Thursday, September 20, 2018

Aktiviti Hari Merdeka


Masa cuti Hari Merdeka,
enZaf takde sbb ke Johor,
ada golf & meeting hari Ahadnya.

Seperti biasala tinggal ai & anak2 :p
Masa hari Merdeka tu ai ajak anak2 keluar.
Kami pergi The Curve.

Tetiba rasa nak makan
kat The Chicken Rice Shop (TCRS).
Sebelum makan harusla amik gambar anak2.



Mummy & Ariq.



Si kenit Qaireen tengah sedap tido.
Tengahari mmg nap time dia.



Ngam ngam habis makan bangun la dia.



Setel makan terus jejalan dlm Curve.
Nampak kedai baru babyshop.



Menarik kedainya,
Baju pun cantik2 okay macam Mothercare.
Sukaaaaa



Aliah plak laju ke accessories.
Dia mmg pantang nampak gini..
laju ke sana.
Dan ape lagi mengendeng nak beli
tp ai kata tunggu Daddy hehe



Memandangkan kedainya baru bukak
so dorang ada wat sales.
Agak menarik juga tgk harga2 tu.
Baju ada la dalam belas2 ringgit lepas discount.
Dah la cantik murah plak tu.
Ape lagi laju2 la whatsapp enZaf
bgtau pasal kedai ni hehehe

Dah puas pusing dlm Curve
singgah jap kat Smiggle.
Konon nak tengok2 je,
tp terbeli jugak la.



Belikan anak2 pensil, pen & notepad je.
Benda2 kecik.
Itu pun dah buat mereka happy :)

Oh yer masa nak datang ke Curve ni,
si Qaireen berak dalam kereta.
Lepas tu dia melalak la mintak dukung.
Ya ampun huru hara okay bawak kereta.
Nak berhenti takde plak yg bole stop kejap.
Sampai la masuk parking.

Dah parking laju2 la pegi baby room dalam Curve ni,
berpeluh2 nak ke sana.
Sekali tengok byk plak dia berak,
bocor semua cukup..
bertabah la ai.
Nasib baik la anak2 yg lain tu okay.
Lepas cuci bagi susu plak.

Itu yang masuk dalam TCRS dia terus tido.
Dah berak, nangis & minum susu hahaha
Begitula kisah aktiviti hari kemerdekaan kami.

No comments: