Wednesday, September 5, 2018

Qaireen 5 Bulan


Tertangguh plak entry ni,
patutnya publish last month.
21hb Julai Qaireen sudah 5 bulan.



Alhamdulillah progress dia baik.
Tulang semua dah kuat,
maksudnya dia dah boleh duduk
sekejap tanpa sokongan.
Kejap je la berapa saat hihi

Yang pasti tangan dia laju.
Pastu kuat menarik,
habis tudung Mummy senget benget.
Blom campur dia sumbat tudung dlm mulut,
habis basah tudung tu dibuatnya.
Ai is pasrah dan redha haha



Ni gambar masa dia kena cucuk.
Time doc cucuk dia tak nangis.
Masa doc tekan masukkan ubat dia melalak.
Puas nangis tido.



Tido tu dia tak kisah la panas ke apa.
Walaupun kepala senget teleng bagai,
janji dapat tido berdukung.
Kalau letak dia hmmm kem salam,
bangun terus.
Kat rumah pun sama.
Tp siang hari je la.

Malam skang alhamdulillah.
Banyak senang dah kalau nak bandingkan
masa 3 bulan pertama.
Sblom ni tido nak menempel sampai la ke subuh,
skang dah boleh lepas.
Walaupun tak lama ada la dlm 2-3 jam,
jadila sbb dapat meluruskan badan.
Ada masa2 jugakla kekadang nak menempel sampai subuh.

Kalau ikutkan penat,
buat apa pun penatkan.
Tp fikir semua ni sekejap je,
menyusu hanya 2 tahun setengah.
Selalu berdoa semoga diri ni,
diberi kekuatan dan kesihatan yg baik.

Ok berbalik cerita Qaireen,
dalam masa dia masuk 5 bulan ni,
dia pun dah pandai meniarap dengan sendirinya.
Orang yg dapat tgk dia meniarap
buat pertama kali ialah kakaknya Aliah.
Masa tu ai dalam toilet.
Menjerit2 si Aliah bgtau dia tengok Qaireen pusing sendiri.
Suka dia hihi

Masa dia 4 bulan dia mengiring je.
Skang dia dah terer pusingkan montot haha



Kegembiraan misi berjaya.



Sejak2 dah pandai pusing,
asal letak je terus pusing.
Kemain sangat.
Tapi pusing satu kali tu je la.
Nak pusing baring balik tak reti.

Bila dah lama sangat meniarap,
terus dia melalak sbb dah penat haha



Dah satu keje Mummy dia kena ada kat sebelah,
sbb tiap kali pusing bila penat,
Mummy kena pusingkan dia balik ;)

Ni gambar Qaireen baru lepas sunat.
Muka dia saspen je masa masuk
dlm bilik doktor.
Mesti tgh recall macam kenal je tempat ni hehe



Nasib la dia nangis sekejap je,
terkejut agaknya kena hiris.
Alhamdulillah Qaireen dah jadi muslimah kata doktor :)
Dan lega jugala dia tak demam,
kena cucuk pun sama tak demam buat masa ni.

Qaireen masih taknak dgn orang.
Walaupun dengan maktok tokabah.
Tengok je boleh, dukung taknak.
Tp ada masa2 dia ok plak dgn org lain.
Org luar yg bukan ahli keluarga.
Ntah Mummy dia pun kekadang tak phm haha


No comments: