Sebenarnya kami masuk Alor Gajah ini sebab nak pergi Freeport AFamosa Outlet. Pada awalnya enZaf ada cakap, dalam Outlet itu tak ada apa-apa yang menarik. Tetapi ai yang insist sangat nak pergi kat situ. Walaupun tak ada apa ai nak pergi ke sana semata untuk bergambar hehehe.. Tengok orang bergambar, bangunan situ cantik jadi tak salah la nak pergikan. Sambil tu nak juga tengok kedai dalam tu, mana tahu ada yang berkenan boleh la shopping. Bak kata pepatah menyelam sambil minum air gitu :p
Kami selalu pergi Johor tetapi jarang menyinggah kat Melaka. Lagi pun jarak nak pergi ke AFamosa Outlet ini dekat dengan exit tol, itu yang akhirnya enZaf akur dengan permintaan isterinya ini hihi.. Lainlah Outlet ni jauh ke Bandar Melaka tu, memang dia tak adanya nak pergi. Kami singgah Melaka ini pun sebab ada jemputan majlis perkahwinan cousin ai kat Johor. Masa ini majlisnya dah selesai dan kami nak balik KL itu yang masuk AFamosa Outlet sekejap.
Bila kami sampai di Freeport AFamosa Outlet ini, keadaan cuaca teramat panas. Dari tempat parking nak menuju ke pintu masuk dalam Outlet ini ai dah berjurai-jurai peluh. Ya Allah bertabahla, panas tak boleh bawa bincang. Sampai kat depan pintu masuk terus mencari toilet pula. Dengan keadaan cuaca yang panas, dia banyak minum air. Bila dah banyak minum air, banyak juga la nak membuang. Selesai hajatnya, barulah dapat berjalan dalam Outlet ini. Dalam bangunan itu ada terdapat banyak payung-payung tergantung di atas, cantik sangat berwarna-warni. Haruslah ajak anak-anak bergambar.
Gambar kat bawah ini dari handphone camera enZaf. Muka ai dengan comot dan berlengas ditambah pula dengan hitam di bawah mata, aduhai.. selebetnya mukaku.
Lepas itu, enZaf ajak wefie maka marilah kita.
Masa berjalan dalam ni, anak-anak asyik saja cakap panas. Nak buat macam mana nak oi, kalau boleh bawa aircond, Mummy dah suruh kendong aircond tu bawa ke mana-mana hahahaha.. Walaupun panas bila Mummy ajak anak-anak ini bergambar, elok pula pose masing-masing. Lepas bergambar terus panas balik. Drama sungguh la :)
Gambar bawah ini sahaja satu-satunya yang ada muka Qaireen, itu pun dia tak pandang camera. Di sebelah tepi tu ada kedai toys, itu yang mata melekat kat sana :p
Kat bahagian tengah bangunan, ada satu kincir angin yang besar. Cantik sangat dan elok pula rupanya. Anak-anak ni bila nampak kincir angin itu terus laju berlari naik ke atas. Mujur orang tak ramai, tiada la risau sesak atau sempit di situ. Matahari masih panas lagi walaupun dah waktu petang. Demi sekeping gambar, gigih dorang nak senyum dalam muka berkerut menahan panas hihihi... Thank you anak-anak!
Ariq buat muka monyok masa ini sebabnya dia nak main air kolam kat belakang dia tu. Dia ingat sungai ke apa boleh mandi. Harusla Mummy kata NO hihi.. itu yang panjang bibirnya ke depan :p
enZaf ajak berwefie sekali lagi. Entah kenapa tiba-tiba banyak pula ajak wefie, nak tak nak kita layankan saja lah. Disebabkan enZaf ini sejenis jarang sangat bergambar apa lagi nak wefie, rugilah kita tolak. Ai selalu perli dia, ada handphone tapi tak ambil gambar hihi...
Bergambar di jambatan berlatar belakangkan kincir angin. Nampak cantik view di sini. Sayang Qaireen saja tak ada. Dia duduk diam-diam dalam stroller.
Kawasan dalam ini tiada lah besar mana kalau nak dibandingkan dengan Johor Premium Outlet (JPO). Kecil saja tempat ni. Tapi banyak spot menarik untuk bergambar. Dah habis pusing, baru anak-anak ini bersuara, tiada apa-apa dalam ini hahahaha...
Hahaha.. adoilah anak. Disebabkan datang sini tak membeli apa dan berhenti makan, terus cakap tiada apa-apa. Sabar saja lah. Sekarang dah capai hajat ai untuk jejak kaki di Freeport AFamosa Outlet. Puas hati dapat lihat kawasan dan bergambar. Thank you enZaf sudi bawakan :)

No comments:
Post a Comment