Thursday, September 27, 2018

Genius Aulad Hajj Junior 2018


Tahun ni Ariq bertuah sangat sebab sekolah dia ada buat hajj simulation. Pertama kali Genius Aulad buat untuk anak-anak. Bukan Ariq saja suka, ai pun teruja jua. Hajj simulation ni buat dalam Kompleks Panasonic Shah Alam. Memang tempat ni khusus untuk anak-anak kecil belajar mengerjakan haji bagi semua pre-school yang berminat. Bila ramai nak buat maka kena tunggu giliran masing-masing. Dan giliran GAKD pada awal bulan September iaitu 4hb yang lepas. Orang dah balik haji baru dapat buat hehe Jadi la dari takde kan.

Sempat ai ambil gambar dia sebelum masuk sekolah.



Kain ihram tu memang GA sediakan. Teacher bagi sehari sebelum untu dipakai siap-siap dari rumah. Teacher pun pesan untuk murid lelaki kena pakai pakaian sukan bahagian dalam. Risau ada yang tak selesa nanti kalau pakai ihram gitu saja. Lagipun dalam kompleks tu beraircond, sejuk pula nanti.

Sementara menunggu Ariq dan kawan-kawannya bertolak, kami pergi breakfast dulu kat restoran depan sekolah dia. Senang sikit nak nampak sambil tu perhati kalau dorang dah ready nak keluar. Nampak kelibat dorang keluar laju ai pergi ke arah Ariq. Muka eksaited nak pergi haji :)



Ada ambil video sikit sebelum bertolak.




Comel anak-anak semua, masing-masing lengkap dengan beg dan tag. Yang perempuan pun comel dengan telekung GA sediakan, ada bunga-bunga kat kepala comel sangat. Nasib takde saiz besar, kalau tak ai dah minta satu haha



Suka name tag tu, macam real nak pergi haji sangat.



Ni kelengkapan masa Ariq sudah balik dari haji. Dapat la Mummy snap buat kenangan.



Masa dorang tengah buat haji, Teacher Mira tak putus-putus hantar gambar dan video dalam whatsapp group. Ai pun ralit tengok phone, teruja tengok anak-anak tunaikan haji. Bermula dari Imigresen, sampai la dorang buat rukun haji semuanya. Dengan betul-betul ada gunting rambut sikit. Bestnya la hai.. Mummy rasa macam nak join sama juga.

Bawah ni ai ambil gambar dari Facebook GAKD. Ada video tapi ai tak masukkan dalam blog. Saved kat Facebook saja.














Tahniah teachers dan tahniah anak-anak. Kagum tengok teacher handle anak-anak tunaikan haji. Tak boleh bayangkan kelam kabut tu hehe Bila tengok video punya la comel, ada setengah murid lelaki sampai kain ihram tercabut-cabut, ada yang dah jatuh dari bahu haha comel sangat. Masa ambil Ariq dari sekolah, tak putus-putus dia bercerita betapa seronoknya dia pergi haji. Satu pengalaman yang baru buat anak-anak :)

Ai berdoa semoga diri ini, suami dan anak-anak juga mendapat rezeki menjadi tetamu Allah suatu hari nanti. Aamiin..aamiin...aamiin..

No comments: