Tuesday, June 13, 2023

Wedding di Meru


Dua Sabtu yang lepas, kami memenuhi undangan majlis perkahwinan staf enZaf iaitu Farihin di Meru, Klang. Lama tak pergi kawasan Klang, tak ingat bila kali terakhir ke sana tu. Tapi bila ai search semula dalam blog ini, ada entry kami ke Klang pada tahun 2019 :) [link]. Berbalik semula pada cerita ini, kami sampai hampir pukul 1 tengah hari. Memang waktu itu perut pun agak kelaparan juga hehehe..



Banyak ambil lauk dari nasi. Nampak lauk-lauk tu semuanya sedap jadinya ai ambil lah semua. Dan betul tekaanku, ianya memang sedap. Paling gembira bila dapat lauk Pajeri Nanas.





Tak sangka dalam dewan ini cantik sangat. Dari luar nampak sekadar khemah sahaja, ianya bukan dalam keadaan bangunan batu-bata. Hiasannya menarik dan paling penting sejuk. Almaklumlah cuaca sekarang ni panas terasa sampai menggigit kulit.



Sebelum balik kami ambil gambar bersama pengantin dengan staf yang ada. Ada yang masih belum sampai lagi tapi kami tak dapat menunggu kerana ada urusan lain.



Tahniah Farihin dan suami. Selamat Pengantin Baru!!! Semoga kalian kekal bahagia hingga akhir hayat. Alhamdulillah extended family ini semakin bertambah.



Tiba-tiba teringat office family day di Janda Baik [link] & [link]. Lama dah tak buat trip, kena suruh enZaf buat lagi ni kan hehe.. Masa nak balik ke kereta baru ai tergerak hati nak ambil gambar luar dewan. Begitu lah bentuknya. Nampak macam khemah sajakan. Tak sangka dalamnya besar dan ia memanjang ke belakang. Nama tempat ini Grand Gerbang Hall.



Goodies yang dibawa balik, dapat roti Gardenia dan biskut Famous Amos untuk anak-anak. Ini kali ke dua kami dapat roti Gardenia masa wedding. Dapat buat bekalan Ariq ke sekolah hehe... dia memang suka bekal roti saja, senang sangat. Balik dari sekolah baru makan nasi di rumah.

No comments: