Monday, June 12, 2023

Mesyuarat PIBG 2023 Sekolah Zahra


Sabtu baru ini sekolah akak Zahra ada buat Mesyuarat PIBG bagi tahun 2023. Sehari sebelum itu, akak Zahra ada call untuk beritahu yang dia ingin PB. Nak balik baru ingat call Mummykan huhu.. Esok paginya masa ai tengah bersiap, dia call sekali lagi nak inform yang dia tak jadi nak PB sebab kawan-kawan dorm semua tak balik. Macam-macam lah nak oi sekejap nak balik sekejap tak nak pula. Bagi ai lagi suka dia tak balik sebabnya satu malam je pun tidur di rumah, nanti nak hantar dia semula. Tambah pula baru saja masuk sekolah empat hari dah nak balik lagi. Macam tak duduk asrama je kamu ni hahaha... Minggu ni memang ada PB, yang itu awal-awal dia ada cakap dia memang nak balik :)

Kami sampai lewat 30 minit. Terus laju meluru ke arah dewan. Sebelum itu daftar dahulu di kaunter pendaftaran. Zaman sekarang ini mudahkan semuanya secara online, scan QR code sahaja. Buku mesyuarat pun online juga. Yang dapat bekalan makanan dan minuman ketika pendaftaran. Bila dah sampai lewat maka duduklah di barisan belakang.



Oh ya proses pengundian untuk barisan AJK PIBG pun secara dalam talian melalui undian di Telegram. Mudah sungguhlah kan. Hikmah PKP, secara tak langsung semua pengurusan atau sesuatu aktiviti beralih kepada teknologi. Peneman ai di dalam dewan, Aliah. Yang lain enZaf bawa ke kantin. Mereka duduk di sana sambil makan. Sabar aje lah.



Sembabnya mata tak cukup tidur. Sekarang ini hari minggu pun banyak aktiviti awal pagi dah keluar. Tak sempat nak qada' tidur lagi ni hahaha.. Pertengahan mesyuarat ditangguhkan seketika selama 30 minit. Ai terus ke kantin jumpa dengan Qaireen dan Ariq, lepas tu masuk ke dewan semula. Akak Zahra pun baru habis prep pagi dan terus jumpa dengan Daddynya di kantin.



Sebelum ai masuk ke dewan semula, minta Aliah ambilkan gambar dengan anak angkat sorang ni Bilqis. Dia Tingkatan 4 dan satu dorm dengan akak Zahra dan dorang ni panggil dia Kak Bil. Semua yang satu dorm adalah anak angkat ai hihihi.. Tahun ini Bil bertugas sebagai penyambut tetamu. Masa awal-awal sampai dewan lepas register dia dah datang menyapa ke arah ai. Pada mulanya ai blur siapa sebab dah kalut nak cepat masuk ke dalam dewan. Lepas Bil cakap dia satu dorm dengan Zahra baru ai terus ingat haha..



Masa dalam dewan, ai sempat bersembang dengan seorang ibu di sebelah. Pantang nampak orang memang ada saja nak berborakkan. Punya lah rancak berborak dah dekat nak habis mesyuarat baru tahu rupanya anak kami berkawan hehehe.. ai memang kenal anaknya sebab pernah berborak di telefon kalau akak Zahra call ai. Tapi tak pernah la nak berjumpa dengan maknya. Kawan-kawan akak Zahra ni siapa yang tak kenal ai :p Memang ai pun jenis suka nak tahu siapa kawan dia, begitu juga dengan Aliah dan Ariq. Lupa pula nak bergambar dengan akak tu, masing-masing dah nak bergegas balik. Alhamdulillah mesyuarat PIBG telah selesai dan berjalan dengan baik. Semoga aktiviti dan perancangan PIBG untuk anak-anak dapat dicapai dengan jayanya. Ai pun terus ke kereta, akak Zahra dah duduk kat dalam kereta.



Memandangkan dia tak jadi nak PB maka kami lepak seketika dan mendengar cerita aktiviti yang dia buat. Akak Zahra pun sempat tunjukkan keputusan Ujian Penilaian dia. Sebelum cuti hari tu dorang exam, jadi minggu ni dah dapat kertas semula. Tinggal subjek Bahasa Melayu dan Matematik sahaja yang dia belum terima lagi. Alhamdulillah, teruskan usaha akak.



Bergambar beramai-ramai sebelum balik. Dalam kereta pun jadi haha.. Jumaat ni Daddy dia datang ambil dia balik. Begitulah ambil hantar satu bulan entah berapa kali :p On the way nak balik itu, kami singgah di satu kedai tepi jalan. Tak tahu pula apa nama kedainya. Nampak ramai orang terus berhenti haha.. rupanya kedai itu jual Nasi Ayam. Jadi semuanya makan sama saja. Ada juga makanan lain tapi dah lapar tak boleh nak fikir dah.



Thank you enZaf paksa rela pergi sekolah Zahra ini walaupun dia tak masuk dalam mesyuarat. Dia baru saja balik dari Jakarta, empat hari di sana dan Jumaat malam sampai rumah. Sabtu pagi dah kena keluar ke sekolah pula ya, tak sempat nak rehat. Balik dari Jakarta terus ada dua dagu. Makan sedap banyak sangat ni hihi..



Entah apa yang dia senyum tu. Harus tak diriku skodeng handphonenya :)

No comments: