Wednesday, June 21, 2023

Hadiah Untuk Daddy


Ariq orang pertama yang bagi hadiah untuk Daddynya. Lepas habis training bola, sampai-sampai rumah sahaja terus dia bagi. Ariq buat kad origami berbentuk kemeja.





Comel sangat kemeja tu, dia belajar cara buat dari Youtube katanya.



Akak Zahra rupa-rupanya dia dah bagi sebelum kami keluar dari rumah. Ai tak perasan bila masa dia bagi, kalau tahu sudah pasti ai akan ambil gambar dorang. Disebabkan hadiah di rumah, ai ambil juga gambar di luar Aspuri :)



Balik dari rumah barulah ai ambil gambar hadiah dia bagi. Akak Zahra buat paper craft berbentuk hot air balloon.



Aliah orang yang terakhir :p Sama je macam ai masa Hari Ibu. Berbeza sedikit dengan enZaf dia bagi pada hari yang sama. Masa Hari Ibu tu dia bagi sudah lepas tiga hari hehehe... Dia bagi waktu malam dan haruslah bergambar dengan Daddy dia juga.





Nak ambil gambar enZaf sorang pegang hadiah Aliah tapi Qaireen sibuk nak menempel sama.



Aliah cakap tak berapa kemas sangat dia buat. Heart atas kotak tu pun tak rupa heart hahaha.. nak buat lain malas. Hentam sajalah nak oi, janji buat tu dari hati yang ikhlas hihi..



Qaireen sahaja yang tak faham lagi. Bila ai suruh wish Daddynya dia ikut je wish ;) Seronok tengok anak-anak suka tunjuk kreativiti mereka walaupun ikut di Google atau Youtube. Dalam rumah ini pun kertas warna sentiasa ada. Setiap kali birthday kawan-kawan pun anak-anak ni buat perkara yang sama juga. Ada juga ai offer beli hadiah ke apa tapi dorang lebih suka bagi origami atau paper craft.

No comments: