Monday, October 3, 2022

Perlawanan Persahabatan Hoki Lagi


Kali ke dua pergi tengok akak Zahra dan team hokinya untuk perlawanan persahabatan di Stadium Hoki MBPJ. Cuma kali ini berbeza hanya ai dan anak-anak sahaja yang tengok, enZaf ke Jakarta main golf. Pertama kali juga lah ai jejak kaki ke sini. Untunglah dapat main hoki atas padang turf, masa ai main hoki dulu atas padang rumput je huhuhu..



Baru sedar tak berapa banyak sangat gambar ai ambil. Cuaca pun boleh tahan panas dan bahang duduk kat stand ni. Lepas ni kena standby kipas kecil barulah tak berkuap huhu.. Sebelum friendly match bermula, mereka ini buat latihan dahulu.




Dalam panas-panas ini mujurlah anak-anak tak meragam. Ada lah sekali dua Aliah cakap panas tapi ai buat tak tahu je hehehe.. Gelap dah kulit anak-anak ni, Aliah dan Ariq memang tengah sukaneka kat sekolah, jadinya hari-hari di padang.



Ai ambil gambar akak Zahra dengan kawan baiknya Tisya. Tisya ni lah yang ajak akak Zahra main hoki, bila si Zahra ni cuba main dia seronok pula.



Sebelum ke stadium ini, hantar Ariq training bola waktu pagi. Kesian dia penat-penat pun ikut juga. Kelam sudah tengok muka anak bujang ni sekarang hehe..



Perlawanan persahabatan ini di antara Semashur dengan Sekolah Menengah Putrajaya. Tak ingat pula ai Presint berapa. Keputusannya seri 0-0 untuk team perempuan. Team lelaki menang 1-0. Nak ambil gambar jauh dan sayup je rasa.





Bergambar bersama opponent kenangan selepas tamat perlawanan. Seronok tengok semuanya gembira. Ditambah pula dengan sokongan ibubapa yang hadir, meriah sungguh. Terbaik!



Sebelum balik sempatlah ai ambil gambar anak-anak ini. Akak Zahra dan team datang dengan bas sekolah, kami jumpa dia kat stadium saja. Sebelum jumpa ini sempatlah akak Zahra pesan sedikit makanan dan bawa tuala sekali. Dia malas nak basuh tuala jadi tukar dengan ai untuk basuh, sabar je lah. Padahal dobi ada tapi tak nak guna huhu..



Kali ini ai nampak ada improvements sedikit kemahiran akak Zahra main hoki. Kalau nak dibandingkan awal-awal, masa ai tengok dia main nampak takut-takutnya dan kurang bertenaga. Kena banyakkan berjoging bagi ada fitness. InsyaAllah kalau kita rajin praktis dan berusaha pasti lebih baik dan berjaya. Chayok akak Zahra! :)

No comments: