Tahun ini Aliah upgrade dari MyKid kepada MyKad :) Besar dah anak nombor dua ini hihi.. Agak lama juga kami baru buat MyKad Aliah, hampir sebulan selepas tarikh lahir dia bulan September. Dari hari ke hari nak buat tak terbuat-buat. Kali ini kami buat dekat dengan rumah sahaja di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Kota Damansara. Berbeza dengan akak Zahra sebelum ini, kami pergi di JPN cawangan Shah Alam. Masa akak Zahra itu kena buat appointment terlebih dahulu disebabkan pandemik Covid-19. Kali ini untuk Aliah hanya walk-in sahaja.
Untuk urusan permohonan Aliah, ai yang uruskan. Masa akak Zahra, Daddy dia buatkan jadinya tiada gambar masa hari kejadian huhuhu.. Bertabahlah ;) Kami pergi selepas waktu Zohor. Boleh sahaja buat pagi tapi malas nak cutikan dia dari sekolah. Buat sahaja lepas waktu sekolah lagi senang.
Boleh tahan lama juga kami menunggu giliran. Suhu aircond dalam JPN itu pun sejuk ya amat. Ai sampai duduk bersila atas kerusi menahan kesejukan sama dengan Aliah juga haha..
Disebabkan Aliah pakai baju putih, pegawai JPN minta Aliah pakai vest. Mujur ada vest kecil ya.
Aliah ini kalau pakai shawl mesti nak kembang-kembang bentuknya dibahagian muka. Sebelum ambil gambar untuk MyKad tu, ai suruh dia lipat tepi tudung bagi nampak muka tu dengan jelas. Punyalah dia tak nak sebab kata buruk, muka bulat :p Aishh.. sabar aje lah dengan anak dara ini. Selesai sahaja urusan semua tu, terus kami balik. Lagi seminggu baru datang semula untuk ambil MyKad yang baru. Ambil baru ini Daddy dia yang ambil.
Akhirnya MyKad Aliah sudah ada dalam genggamannya. Ai bagi dia simpan dalam purse. Sudah tiba masanya belajar untuk jaga barang sendiri.

No comments:
Post a Comment