Friday, October 21, 2022

Sambutan Maulidur Rasul di Sekolah Anak-anak


Ai ambil gambar dari Whatsapp group sekolah anak-anak dan simpan di dalam blog sebagai kenangan. Sambutan Maulidur Rasul di sekolah masing-masing di mana sekolah Zahra dibuat awal sehari dari sekolah Aliah dan Ariq iaitu pada hari Khamis 20hb Oktober 2022. Tahun 2022 ini bertemakan Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran.







Akak Zahra tak beritahu pula dia ada masuk perarakan untuk sambutan ini. Dapat tahu bila tengok gambar dari cikgu homeroomnya, eh macam kenal je yang kecil tengah tu hahaha.. Kain rentang homeroomnya menang dapat nombor satu. Gambar di bawah ini pula kain rentang dari kelas Ariq.







Kain rentang kelas Ariq ini pun menang juga, tak ingat ai nombor berapa antara nombor dua atau tiga. Seronok kelas mereka dapat hadiah hamper. Ariq cakap kain tu murid perempuan yang buat. Untuk kelas Aliah pula cikgunya tak banyak ambil gambar. Cikgunya hantar satu ini saja gambar dalam Whatsapp (gambar terakhir). Kami parents pun tak tanya ada gambar lain ke tidak, sibuk agaknya atau pun terlupa hehe..



Aliah beritahu ai, dia dan kawan-kawannya yang buat kain rentang ini. Sehari sebelum sambutan Maulidur Rasul ini, dia mengadu kat ai yang dia buat tak cantik dengan nada sedih je suara tu huhu.. Dia cerita lah yang bila warna tu tiba-tiba kembang habis comot sana sini, cuba lap balik dengan basuh kain itu dan macam-macam lah. Ai pun dengar sajalah luahan dia hihihi.. Bila tak cantik maka kain rentang kelas dia tak menang. Itu yang bertambah sedih lagi. Tak apalah Aliah, nanti cuba lagi ya. Walau macamana pun Mummy bangga apa, sekurang-kurangnya ustazah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada dia dan kawan-kawannya membuat persiapan kain rentang itu :)

No comments: