Tuesday, October 4, 2022

PBD Pertengahan Tahun 2022


Pada 30hb Septembar, sekolah Aliah dan Ariq ada buat Hari Bertemu Pelanggan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Pertengahan Tahun 2022. Masa dapat surat beberapa hari sebelum tu, ai tak meletakkan harapan yang tinggi pun pada keputusan PBD anak-anak ini. Kiranya apa sahaja keputusan yang diterima ai redha :) Hanya ai dan Qaireen sahaja pergi sekolah anak-anak ni. enZaf berada diluar kawasan, dia di Jakarta selama 4 hari. Punya lama menunggu giliran nak berjumpa dengan cikgu kelas, sampai ambil gambar tunjuk bukti kita hadir hahaha..



Pagi itu ai ke kelas Aliah dahulu sebab kelasnya yang paling tinggi :p Qaireen dah buat macam rumah sendiri, selamba duduk dalam kelas Aliah sementara ai menunggu giliran. Mujurlah mood dia baik, almaklumlah kena paksa bangun awal.



Semasa sesi perbincangan dengan cikgu kelas, cikgu Sains pun turut ada sama juga. Cikgu Sains Aliah adalah cikgu kelas akak Zahranya dulu masa Tahun 6. Dia masih ingat lagi dengan Zahra dan dia pun berharap Aliah dapat masuk sekolah asrama juga. Alhamdulillah keputusan PBD Aliah sangat baik, tak sangka dia ada TP6. Bukan mudah nak dapat TP6 tu, cikgunya pun cakap susah nak bagi melainkan murid itu faham dan pandai mengajar semula pada rakan-rakannya. Harap Aliah dapat kekalkan keputusan ini sampai habis Tahun 6. Sebelum keluar dari kelas, sempatlah ai ambil gambar dia dengan poster mewarna Hari Merdeka. Tak ingat yang mana satu kertasnya dan dia dapat tempat ke-3 jika tak silap ai.



Dari kelas Aliah terus menuju ke kelas Ariq di tingkat satu, mujurlah blok yang sama. Qaireen selamba saja masuk dalam kelas dan cari abang Ariq. Dah semua kawan-kawan kerumun kat Qaireen hehe.. Apa la yang seronok sangat Qaireen main tu kan. Gambar-gambar ini Aliah yang ambil.



Tak sangka ada gambar ai berjumpa dengan cikgu kelas Ariq. Ada juga kenangankan. Serius betul perbincangan kami hehe..



Lepas 3 minit lebih kurang macam tu barulah, cikgunya panggil Ariq dan adalah beberapa perkara yang perlu dititik beratkan selepas ini. Bukan main sengih anak bujang ni bila cikgu puji dia :)



Alhamdulillah keputusan PBD Ariq pun baik. Kebanyakkannya masih dalam tahap pertengahan tapi okay lah bagi ai. Mummy pun kurang fokus dengan dia ni, tahun ini banyak fokus pada Aliah. Tak putus-putus bagi dia buat latihan sebagai persediaan untuk menduduki PKSK dan UKKM. Semoga ada rezeki untuk Aliah juga masuk asrama. Keputusan PBD pun dah dapat jadi inilah masanya untuk mengisi permohonan SBP dan MRSM. Keesokkan harinya adalah rutin hujung minggu, berpagi-pagian menghantar Ariq untuk latihan bola. Selalunya lepas hantar Ariq, ai akan breakfast sampai habis waktu latihannya tetapi disebabkan enZaf tak ada dan Qaireen pun masih tidur, ai hanya melepak saja dalam kereta. Bila Ariq dah habis latihan bola baru kami pergi makan.



No comments: