Thursday, October 27, 2022

Dapat Cincin


Cerita ini merupakan hari yang sama masa ai keluar jumpa kawan-kawan [link]. Tenghari dah keluar makan dengan kawan-kawan jadinya petang ai keluar dengan family pula. enZaf ajak makan petang di IPC.



Ariq yang suka makan Cheese Corn Dog. Dia suka makan Ayam Gunting Uncle Bob juga. Makan malam itu pun dah cukup baginya.





Lepas makan enZaf ajak ke Uniqlo di The Curve. Nak mencari seluar jeans katanya. Bila dah menunggu dia shopping, haruslah kita ambil gambar.



Pantang nampak cermin besar, automatik nak ambil gambar. Aliah je tak ada sebab dia ikut Daddynya membelek seluar :)



Lepas solat Maghrib kami keluar semula. Pergi Subang Parade nak mencari baju kurung untuk akak Zahra. Ai suka baju kurung cotton dari Butik Sireh Penang, sangat selesa dan sejuk. Baju prep akak Zahra semua dari situ. Habis membeli baju kurung dia, enZaf ajak masuk Poh Kong. Ai pernah cakap dengan dia berbulan-bulan sebelum ini nak beli cincin emas tapi tak sempat nak membeli. Kali ini dia ajak tu macam terkejut juga sebab tiba-tiba gitu :p Lagi pun dah beritahu dia cincin ai beli ni nak pakai duit sendiri. Tup tup masa nak bayar dia cakap tak apa dia bayarkan.



Alhamdulillah semoga murah rezeki enZaf. Ai beli cincin belah rotan sahaja untuk buat harian. Sebelum ni ada satu je cincin belah rotan masa merisik. Punya la dah berbelas tahun baru tambah lagi satu cincin hahaha.. bukan peminat tegar emas beginilah. Okay sekarang ini duit nak beli cincin tak guna sebab enZaf bayarkan, tengah fikir nak beli apa pula ya hehehe..

No comments: