Akhirnya setelah sekian lama, kami pergi tengok wayang. Sebelum Covid melanda, tengok wayang adalah salah satu aktiviti kami yang selalu buat. Bila panggung wayang sudah boleh beroperasi, apa lagi.. laju la ai ajak enZaf bawa anak-anak tengok wayang. Itu pun kami tak ada lah esok buka esok juga pergi tengokkan. Lagi pun masa baru buka tu tak ada movie yang sesuai nak bawa anak-anak sekali. Bila Ariq bersuara nak tengok Spiderman masa awal bulan ni barulah Daddy dia beli tiket. enZaf beritahu hanya MBO sahaja yang benarkan beli 6 tiket, TGV dan GSC maksimum hanya 5 tiket sahaja. Ai pun tak kisah mana-mana panggung wayang pun boleh. Jadi enZaf pilih MBO di Atria Mall. Kami pun pernah sekali tengok movie di sana, tempatnya pun elok. Cari semula dalam blog MBO kami di Atria sebelum ini, tak jumpa pula. Mungkin ai lupa nak update huhu.. tak ingat dah bila dan tengok cerita apa :(
Sementara menunggu boleh masuk, minta akak Zahra ambilkan gambar ai dan enZaf berdua. Tiba-tiba datang sikenit tu menyelit sama hahaha.. aduhai tak boleh renggang sikitkan, laju menempel :p
Berjaya pujuk Qaireen ke tepi sekejap, laju-lajulah akak Zahra snap. Dapatlah gambar pertama kami berdua pada tahun 2022 ini :)
Memandangkan tengok movie pilihan abang Ariq, maka ai pun ambillah gambar dengan hero sorang ni. Seronoklah dia dapat tengok cerita Spiderman.
Pertama kali kami masuk hall MBO Kecil. Haruslah Mummy ambil gambar anak-anak lagi.
Perbezaan hall biasa dengan hall Kecil ini, di dalamnya ada playground. Sebelum ini ai dah perasan kawan-kawan yang pergi tengok wayang dalam MBO Kecil. Memang sesuai sangat untuk keluarga yang ada anak-anak kecil masuk dalam ini. Dan bila dah ada dalam MBO Kecil ini, memang sudah maklum keadaannya sedikit bising dan cahaya pun sedikit terang. Ianya bukan satu masalah sebab memang itulah tujuan MBO Kecil ini dibuat.
Nak masukkan dalam blog baru perasan gambar playground tu blur hahaha.. lepas snap terus beredar, mujurlah nampak juga dari gelap gelita :p Ai ajak juga Qaireen main playground tu, tapi dia tak nak. Rupanya dia enjoy tengok wayang lagi dari main.
Pertengahan cerita boleh pula nak ke toilet dua-dua anak dara ni. Nampak cermin besar haruslah ajak wefie hehehe..
Alhamdulillah selesai juga tengok wayang. Orang pun tak berapa ramai sangat dalam hall tadi. Kalau penuh risau jugakan. Mungkin ramai dah tengok cerita Spiderman ni. Qaireen pula tak meragam, risau juga kalau dia tak suka atau takutkan. Sebelum ini pernah bawa dia tapi baby lagi tak tahu apa. Kali ini pergi dia dah faham :)
Sempatlah buat video sikit sementara tunggu enZaf pergi toilet. Masa ni dah keluar dari panggung wayang.
Oh ya! nak dijadikan cerita, kami boleh salah masuk hall ni hahaha.. Di sini ada dua MBO Kecil iaitu Kecil A dan Kecil B. Tayangan Spiderman di Kecil A tetapi kami masuk Kecil B. Ai pula memang tak tanya enZaf hall mana, ikut sahaja dia masuk. Bila dah start movie, kami tengok keluar cerita lain hahaha.. mujurlah perbezaan masa tayangan itu tak jauh. Kami terlepas 10 minit macam tu. Disebabkan lama tak tengok wayang boleh pula tersalah masuk hall ya hahaha..

No comments:
Post a Comment