Monday, January 17, 2022

Ariq Sudah Bersunat


Akhirnya, Ariq bersedia untuk bersunat. Bahasa formal adalah berkhatan tapi ai lebih selesa menggunakan perkataan sunat lagi :) Santai sikit bunyinya kan hehe.. Dari dua tiga tahun lepas lagi ai sudah ajak Ariq untuk bersunat walaupun tahu dia tak bersedia lagi. Dan ai pun tak mengharap pun dia nak sunat cepat, sahaja lah ajak-ajak banyak kali. Setiap kali ajakan ai tu respon dia memang tak nak. Ariq sebenarnya dia fobia dengan hospital ini sejak dari kes dia jatuh dan kena jahit di dagu. Jadinya dia rasa sunat ini pun pasti sakit macam itu juga. Tapi tak sangkalah, pada awal minggu pertama bulan 1 dia tiba-tiba kata "Mummy, Ariq nak sunat". Bila Daddynya dengar sahaja Ariq cakap macam itu, lajulah Daddynya call hospital nak buat appointment. Takut tiba-tiba dia berubah fikiran pula kan. Sebelum itu ada juga Daddynya survey di klinik yang berdekatan dalam kawasan Kota Damansara ini, akhirnya kami membuat keputusan dengan memilih Kelana Jaya Medical Center (KJMC) sahaja.



Memandangkan rekod Ariq sudah ada di sana jadi lebih baik buat di situ sahaja. Di KJMC ini, prosedur bersunat hanya dibuat satu hari sahaja dalam seminggu. Hari yang dinanti-nantikan, enZaf membawa Ariq ke KJMC. Semangat Ariq bangun awal pagi dan tiada ketakutan pun pada wajahnya. Bangga Mummy tengok dia, macam tak percaya dia dah besar hehehe..



enZaf hantar gambar melalui Whatsapp sebelum Ariq dibawa masuk ke dalam bilik OT sebelum prosedur dimulakan. Daddynya tak boleh teman dia masuk di dalam. Doktor pun benarkan Ariq membawa handphone untuk mengelakkan diri dari ketakutan. Pada awalnya enZaf beritahu dia mendengar suara Ariq menjerit, mungkin waktu itu doktor sedang cucuk bius padanya. Lepas itu tiada dengar sebarang bunyi lagi. Masa enZaf bagi gambar tu, hati ai rasa sebak sangat tak dapat bersama dan berada di sisi Ariq. Tak semena air mata laju je turun, perasaan masa tu macam berpisah jauh dengan anak. Tak senang duduk juga ai menunggu enZaf Whatsapp selesai ke belum. Boleh tahan lama juga menunggu katanya dalam 1 jam juga. Gambar di bawah setelah selesai bersunat, masa ini dia tengah menunggu Daddynya bayar bil dan ambil ubat.



Bukan main lagi tunjuk tanda good kan. enZaf cakap masih ada bius lagi boleh lah senyum, tunggu dah habis bius nanti hehehe.. Sebelum balik rumah, enZaf beli makan tengah hari dulu. Budak bersunat ini request nak makan Subway. Daddynya melayankan sahajalah kehendak orang sunat :) Ada 3 ubat dibekalkan oleh pihak hospital.



Laju Mummy ambil gambar orang bersunat ini, simpan kenangan di dalam blog. Seronok lah dia masa ini dia minta apa sahaja semuanya dapat. Mummy pun hilang helper sekejap, selalunya dia lah orang yang paling rajin tolong Mummy ambil itu ini hahaha..



Siang makan Subway, makan malam minta Mc Donalds pula. Memang sepanjang dia berpantang ini, semua orang makan makanan yang dia nak :p



Ai minta enZaf ambilkan tilam dia dan letak di depan tv. Biar sepanjang berpantang ini dia tidur di ruang tamu. Dia tidur di katil double decker bahagian atas jadinya susah nak panjat naik turun bagai. Letak bawah senang sikit ai nak uruskan dia juga untuk cuci dan sapu ubat. Daddy dia pun tidur luar sama, eloklah berdua tu tengok bola tengah malam bersama-sama.



Kain pelekat yang Ariq pakai itu memang beli semata untuk nak bersunat. Kalau tidak tak ada makna nak berkain bagai duduk dalam rumahkan. Tak perlu nak gantung kain pelekat macam orang selalu buat, ai hanya letak shelf kecil dalam tu. Shelf tu ai guna untuk letak mangkuk dalam kabinet dapur hahaha.. Yang itu akan buat entry lain mengenai pengalaman menjaga orang bersunat :)

No comments: