Monday, January 10, 2022

Makan Malam dan Beli Barang


Pada hari Jumaat lepas keluar makan malam bersama Abah, Mak dan adik-adik ai. Memandangkan malam tu kami rancang nak ke Ikea terus ajak dorang makan dekat area sini sahaja dan adik ai Nani yang pilih makan di Absolute Thai, Ikano.



Malam tu hanya satu gambar sahaja ai ambil iaitu gambar menu hahaha.. Gambar di bawah ini pula dari kamera handphone enZaf. Itu pun satu juga. Ai tak ambil pun gambar makanan. Bila dah malas tu satu apa pun malas nak snap :p



Adik-adik ai ada la ambil gambar dan video, yang itu dorang post kat IG Story sahaja. Masa makan di restoran ini, tiba-tiba adik-adik ai bagi paperbag. Katanya hadiah birthday. Ai betul-betul terkejut, eh! macam tiba-tiba. Padahal birthday lambat lagi haha... Kata mereka, ai suka printed shawl, jadi mereka hadiahkan.



Thank you Yusreena dan Nani bagi Along tudung. Sejak dua orang ni dah berkerja dua tahun yang lepas, tak pernah lokek berbelanja terutamanya bab makan-makan, semoga melimpah ruah rezeki buat mereka. Bagi ke dua-dua tudung ini ai suka betul sebab cantik sangat. Yang jenama Duck tu pertama kali ada ni, tak pernah lagi beli. Selalu juga tengok-tengok tudung Duck ni, berkenan juga tapi tak terbeli-beli sebab bila tengok harganya buat ai fikir banyak kali hehehe.. Tudung Naelofar pula ai dah ada satu bercorak sebelum ini, jadi bertambah lagi koleksi.



Lepas makan kami ke Ikea, adik ai Yusreena ikut sama. Kena bawa dia sebab nak pakai staff discount :p Untunglah ada adik kerja Ikea. Dia kerja dalam office. Berbunga hati bila nampak pokok yang ai nak tu ada. Ikea masih mengekalkan harga yang murah RM3.90 sahaja.



Kami ke Ikea ini untuk membeli katil dan almari untuk anak-anak. Katil dan almari lama sudah banyak rosak. Sejak akak Zahra umur 5 tahun lagi beli perabot tu dan turun temurun ke Aliah dan Ariq. Kami beli di Ikea ini pun tidak lah yang mahal sangat. Simple sahaja, asalkan ianya baru sudah memadai.



Senang kerja Mummy bila ada Mak Su melayan anak-anak terutamanya Qaireen. Mummy dapat tengok dan belek barang dengan tenang :) Kelmarin update entry pasal kami pergi ke Johor tapi ai letakkan tarikhnya last year. Banyak sebenarnya cerita tahun lepas tak dimasukkan lagi dalam blog. Nanti banyak lah entry ai post tapi semuanya back dated supaya tak lost track sangat cerita tu kan haha.. harap-harap lah masih ingat lagi hari kejadian tu :p

No comments: