Wednesday, January 19, 2022

Menjaga Orang Berpantang Sunat


Pada hari pertama Ariq sunat dalam pukul 4 petang tak silap ai, ubat biusnya sudah hilang. Waktu itu dia mula rasa sakit dan pedih-pedih sedikit. Kesan dari jahitan kawasan sunat itu. Cara berkhatan ini ada dua jenis iaitu laser atau clamp. enZaf memilih prosedur cara laser untuk berkhatan Ariq ini. Harga untuk prosedur laser sedikit mahal dibandingkan dengan clamp. Setiap prosedur ini pun ada pros and cons tersendiri, semuanya bergantung atas kehendak kita sebagai ibu bapa untuk memilih yang mana sesuai untuk anak. Bagi ai tiada betul atau pun salah. Tiada elok atau tidak elok. Bergantung kepada doktor yang melakukan prosedur itu dan kita ibu bapa dalam menjaga anak berpantang. Alhamdulillah sepanjang proses berkhatan Ariq dipermudahkan, ianya mengambil masa hampir satu jam. Doktor bius pada tempat bersunat sahaja, ai ingatkan Ariq ni takut sampai perlu full bius tapi tak sangka hero Mummy tu hebat tak takut hihi..

Sepanjang waktu siang itu Ariq tak minta untuk ke bilik air, tiba-tiba lepas Maghrib Ariq beritahu nak buang air kecil. Masa itu ai sedikit gemuruh sebabnya kawasan bersunat Ariq itu masih berbalut dan balutannya itu menutupi bahagian kencing. Waktu itu pula Daddynya keluar. Ai cuba untuk buka balutan tapi Ariq mengadu sakit. Balutan itu pula kering dan melekat pada bahagian luka huhuhu.. Bila nak tarik kain balutan itu Ariq menjerit kesakitan. Ai dah panik, minta dia tahan sementara menunggu Daddynya balik. Bila Daddynya dah sampai rumah, dia bawa Ariq ke bilik air. enZaf basahkan balutan itu dengan air untuk melembutkan kainnya. Memang drama sungguh dalam bilik air tu dengan Ariq menjerit kesakitan. Ai pula yang tak sanggup dengar, ngilu-ngilu rasa. Kita yang luka sedikit atau melecet kena air pun sakit, apa entah lagi bila luka tu bahagian sunat itu kan huhuhu..

Selama tiga hingga empat hari juga lah ai masih terdengar Ariq mengaduh sakit setiap kali dia mandi. Bila air tu lalu ke kawasan luka dia rasa pedih sangat. Nak tak nak kena basuh juga kalau tak lambat nak baik. Mandi tetap macam biasa. Ada sedikit bahagian kawasan luka Ariq bernanah terutamanya bahagian belakang. Bahagian itu agak tersorok dan mudah lembab itu yang senang terbentuk nanah. Lepas mandi ai akan bantu Ariq untuk keringkan kawasan sunat itu dengan menggunakan kipas tangan. Pernah guna hair dryer tapi dia kata sakit sebab angin tu kuat sangat walaupun ai dah jauhkan hair dryer. Jadi guna manual je lah kipas tangan, gigih Mummynya pun kan. Dah kering barulah ai sapu ubat yang diberikan oleh doktor dengan menggunakan cotton bud. Hari ke-lima baru ai guna air garam untuk cuci sunat Ariq, sebenarnya seawal tiga hari dah boleh cuci dengan air garam tapi Ariq tak nak. Dia takut katanya pedih. Jadi ai terpaksa menunggu bila dia dah bersedia. Untuk cuci dengan air garam itu ai tak rendam, hanya lalukan air tu di kawasan luka sebanyak yang boleh. Bila pakai air garam tu, memang luka yang ada cepat baik dan kering. Sangat berkesan. Ai akan cuci dengan air garam sebanyak dua atau tiga kali sehari. Lega juga sepanjang Ariq berpantang ini dia tidak demam. Takutlah bentan kan. Sepanjang pemerhatian ai selama seminggu juga luka sunat dia sembuh sepenuhnya.



Kain pelekatnya ada sehelai sahaja Daddy dia beli. Bila ai nak basuh kain tu terpaksalah berselang dengan kain batik Mummy hehehe.. Kain batik pun boleh lah kan. Setiap dua hari ai akan minta Ariq tukar kain. Seronok betul dia semasa berpantang ini, mengadap handphone sahaja main game lepas tu nak makan apa semua dapat. Memang hari dia sungguh :p



Bila tengok semula pada gambar Ariq di atas, rak dibawah ini lah ai guna untuk diletakkan pada bahagian sunatnya itu. Sebagai ganti dari ikat gantung kainnya. Nak gantung tak ada tempat jadi ai guna rak itu sebagai alternatif lain.



Sebenarnya rak itu tempat ai letak mangkuk dalam kabinet dapur. Entah macamana ai boleh terfikir pakai menda itu, tiba-tiba je datang idea :) Lama dah beli tak silap dah 4 tahun kot, dan sampai sekarang masih ada lagi di Ikea [link]. Gambar di bawah pula ai sempat ambil gambar masa Ariq tengah main kejar-kejar dengan Aliah sambil pegang kain bila berlari hahaha.. Mummy risau tersadung je.



Rumah sekarang penuh dengan mainan Qaireen sahaja. Berlonggok dah kat tepi dinding tu. Ikutkan hati ai campak keluar sahaja tapi itu lah.. bertahan dan bersabar sehingga anak besar :p Kebetulan masa Ariq berpantang ini, buah Limau Mandarin dah ada. enZaf beli buah ini semata untuk Ariq sebabnya dia suka makan Limau ini berbanding dengan limau potong tu. Perbanyakkan makan buah Limau untuk cepat baik luka. Tapi kalau makan buah Limau Sunkist tu lagi bagus. Buah Betik itu khas untuk ai dan Aliah, yang lain tak makan.



Mujurlah ada anak bujang seorang saja. Sekurang-kurangnya merasa jugalah menjaga orang berpantang ini walaupun tak ada banyak mana pun kerja kita. Alhamdulillah, luka sunat dia dah elok kering, cantik nampak jahitan kelilingnya. Lega dah Mummy :) Nasib baik mata Mummy tak tumbuh ketumbit ke rabun ke sebab hari-hari duk belek luka sunat dia tu hahaha..

Secara ringkasnya tips yang ai boleh kongsikan pada ibu atau bapa ketika menjaga anak lelaki berpantang sunat ialah:
- elakkan makanan yang boleh mendatangkan alergik atau pun gatal seperti ayam dan telur
- rendam atau basuh kawasan sunat dengan air garam untuk mempercepatkan luka itu kering
- pastikan kawasan luka atau jahitan itu tidak lembab untuk mengelakkan dari berbau atau bernanah
- makan buah limau atau makan vitamin C, ia juga baik untuk luka cepat sembuh
- sentiasa dalam keadaan cuaca dingin untuk elak berpeluh dan gatal-gatal
- sentiasa sapu ubat yang diberikan oleh doktor setiap kali selepas mandi atau cuci luka.

Semua tips di atas itu berdasarkan pengalaman ai sendiri menjaga Ariq. Semoga bermanfaat untuk orang lain :)

No comments: