Sunday, January 2, 2022

Berjumpa dengan Kawan Lama


Masa kami ke Johor tak sangka ai dapat berjumpa dengan Norly. Bak kata Norly, sudah 19 tahun tak berjumpa. Norly adalah kawan UUM, kali terakhir berjumpa pada hari Konvokesyen. Sejak itu tak berjumpa dah, berhubung hanya melalui Whatsapp dan Facebook. Mujur lah ada media sosial sekarang ini kan, kita boleh mengikuti perkembangan sahabat handai dan saudara mara. Pada hari ke dua, ai Whatsapp Norly tanya khabar dan maklumkan yang ai ada di sini. Ingatkan kalau ada masa terluang boleh lah berjumpa petang itu tapi Norly ada di kampung. Tak sangka keesokkan harinya Norly maklumkan yang dia free hari itu, terus lah ajak berjumpa. Sebelum itu ai bawa anak-anak minum petang. Kami minum dalam mall sahaja di Coffee Beans sementara menunggu Norly sampai.

MasyaAllah tak sangka akhirnya kami dapat bertentang mata berdua. Tak berubah langsung dia, macamana dia di UUM begitulah sekarang ini. Kami berdua dulu boleh dikatakan agak rapat pada tahun pertama dan ke dua di Kolej Petronas. Macam-macam aktiviti buat bersama terutamanya dalam Biro Sukan dan Rekreasi. Bila teringat zaman belajar tu terasa rindu pula :)



Perjumpaan kami bukan sahaja berborak di Coffee Beans, Norly bawa ai dan anak-anak ke Puteri Harbour malam tu. Seronok juga malam tu di sana, happening tempatnya. Kalau kat KL ni macam Dataran Merdeka atau pun luar Pavilion tu. Di situ ada yacht, kalau waktu siang boleh naik. Tapi kami datang malam ni tempatnya dah tutup dan gelap tak berapa nampak sangat.





Keluar dari Puteri Harbour, kami dinner pula. Norly bawa makan western food di Restoran Abu & Co. Masa tengah order makan, ai Whatsapp enZaf tanya dia dah makan ke belum. Dia baru sampai hotel dan belum makan lagi. Pada mulanya enZaf minta ai bungkus sahaja untuk dia tiba-tiba beritahu nak datang pula. Dalam fikiran ai elok juga dia datang, makan sama-sama dan lepas tu boleh balik dengan dia saja. Tak perlulah Norly nak hantar ai dan anak-anak ke hotel, waktu pun dah agak lewat juga.



Qaireen dari Puteri Harbour lagi dah tidur sampai lah ke restoran ini. Nak patah pinggang ai dukung dia hahaha.. Penat sangat agaknya sampai tertidur dia. Oh gambar-gambar di atas tu semua dari handphone Norly. Ai tak bawa keluar handphone pun sebab seronok dapat berborak dengan dia. Macam-macam cerita keluar, al maklumlah 19 tahun punya cerita nak cakap semuanya dalam waktu tu juga hahaha.. bergelak ketawa sampai keluar air mata :p Cuma satu gambar sahaja ai ambil dengan Norly sebelum balik. Itu pun dari handphone enZaf. Kalau tak ada dia memang tak ada gambar langsung dari ai hahaha...



Terima kasih Norly bawa ai dan anak-anak berjalan dan belanja kami sekeluarga makan malam. Semoga rezekinya melimpah ruah dan diberkati. InsyaAllah ada rezeki kita berjumpa lagi. Tak sempat jumpa anak-anak dia, anak sulong kami umur sebaya :) Esoknya kami balik dah, hari balik tu tak ingat ada singgah mana-mana ke tidak. Ai lupa sebab tak ada pun ambil gambar apa. Hanya ada satu gambar ini je yang ada menunggu lif nak check-out :)



Maka dengan ini, tamatlah kisah cerita di Johor. Fuh berjanggut nak habiskan cerita hahaha.. Bulan satu ni boleh tahan juga macam-macam cerita yang ada. Tapi cerita tahun lepas pun tak habis lagi ni huhuhu...

2 comments:

mummy_ayu said...

sernoks bila dpt jumpa & gather2 ngan kengkawan kannn :-)

Nurhayati said...

itu lah mummy_ayu.. jumpa kawan tak ingat dunia.. mujurlah ada anak-anak ini ikut sama.. kalau tak mau tak ingat balik hahahaha..