Friday, January 21, 2022

Cucuk Dos Penggalak Vaksin Covid-19


Masa ai jaga Ariq berpantang sunat, tiba-tiba dapat mesej dari MySejahtera memaklumkan tarikh temujanji dos penggalak. Tak silap tarikh untuk ambil vaksin itu lagi tiga hari. Perkara pertama ai tengok ialah tempat pengambilan dos penggalak itu, alhamdulillah dekat dengan rumah. Jadinya terus buat confirmation setuju dengan tarikh yang diberi. Seperti biasa sebelum sampai haruslah wefie dengan Qaireen. Si kenit ini mana boleh tinggal, mujurlah enZaf tiada kerja atau meeting pagi tu. Dapatlah dia hantar dan jagakan Qaireen sekejap :)



Muka malas nak bersiap, sapu day cream je kat muka. Pakai face mask lagilah malas nak pakai bedak bagai, cepat berpeluh buat ai rimas. Tempat ai cucuk vaksin ini di Hospital Thomson. Dari luar lobi dah nampak banyak kerusi di tempatkan untuk yang nak ambil vaksin.



Ya ampun ramainya orang, dah rasa macam PPV pula. Sama sahaja macam ambil vaksin dos pertama dan kedua huhuhu.. Masa enZaf ambil booster, dia dapat di klinik, mudah je senang dan cepat sebab tak ramaikan. Yang ini ambil masa dalam sejam lebih juga, menunggu saja dah makan masa. Sekali masuk seramai 50 orang setiap stesen tapi itu la tetap lama juga nak menunggu. Mujurlah Qaireen tak meragam. Dah tunggu di luar baru masuk dalam bangunan hospital tapi itu pun belum terus pergi cucuk, menunggu lagi :(



Masa menunggu di dalam ini baru diberikan borang persetujuan suntikan vaksin. Borangnya sama sahaja dengan suntikan sebelum ini. Tunggu dalam 10-15 minit rasanya, lepas itu baru gerak ke stesen seterusnya.



Tempat cucuknya di tingkat 4, kena naik lif. Masa naik lif ni pun kena tunggu giliran sebabnya tak boleh ramai. Hanya 4 orang dalam satu lif. Nasib baiklah lifnya banyak dan agak laju.



Sampai di tingkat 4, menunggu lagi dan menunggu giliran untuk menghantar borang persetujuan dan ke stesen 3 untuk mendapatkan pengesahan dan tandatangan doktor pula. Serius masa ini ai dah rasa letih. Tapi apakan daya, kita ikut sahajalah apa yang sudah ditetapkan oleh pihak hospital.



Di stesen 4 menunggu giliran untuk dicucuk. Masa nak masuk dalam bilik tu, baru ai perasan dan sedar. Rupa-rupanya dalam bilik tu ditempatkan dua orang sekali cucuk bersama. Sebelah menyebelah tapi tiada penghadang. Ya Allah masa tu rasa macam tak jadi nak cucuk dan nak keluar dari bilik tu. Pasalnya yang lagi seorang nak cucuk tu lelaki. Pastilah dia boleh nampak bila nak selak lengan baju huhuhu..



Lsgi satu orang kat luar menunggu giliran itu pun boleh nampak kita di dalam ni cucuk vaksin. Stress pula ai rasa masa tu. Masa tu tawakal dan berdoa sahajalah. Walaupun cucuk tu sekejap sahaja tapi tetap lah rasa tak selesa. Dah selesai cucuk ke stesen 5 pula untuk pemerhatian.



On the way nak keluar dari tingkat 4 itu, sempatlah ai minta tolong salah seorang dari penerima vaksin yang tengah menunggu lif ambilkan gambar di photo booth. Punya lah tebalkan muka selamba suruh, nasib baik orang tu sudi nak ambilkan gambar hehehe.. Dapat juga lah kenangan satu ambil booster ini kan.



Lepas cucuk kami terus lunch sebelum ambil Aliah di sekolah. Oh ya ai terima dos penggalak Comirnaty dari Pfizer. Kesan dari lepas ambil vaksin ini agak ringan kalau nak bandingkan masa dos pertama. Sekadar lenguh lengan pada tempat dicucuk, itu pun hanya dua hari saja. Mungkin badan ini dah imune dengan vaksin yang sama ini. Apa pun syukur Alhamdulillah masih bernafas, kita sekadar berusaha selebihnya serahkan kepada Allah S.W.T.

No comments: