Monday, November 21, 2022

English Project: Give Your Jeans A New Life! Year 6


Seperti biasa anak-anakku ini, esok nak hantar barulah hari ini kelam kabut nak siapkan. English teacher Aliah ada bagi assignment untuk hasilkan kreativiti dari seluar jeans. Ai suruh Aliah membuat carian di Internet untuk mendapatkan idea.



Akhirnya dia memilih untuk menghasilkan beg. Itu pun ambil masa dia pilih cara-cara membuat beg di Youtube. Kebanyakkannya agak rumit sebab memerlukan banyak peralatan. Dalam mencari tu akhirnya dia jumpa satu yang agak mudah dan senang :) Nasib baiklah Daddy dia ada sepasang jeans yang sudah tidak dipakai. Seluar jeans tu agak baru juga, katanya dalam 2-3 kali sahaja pakai sebab dah tak muat, tak lepas butang di pinggang hahaha..



Sesekali ai tengok Aliah buat sambil ambil gambar sekeping dua. Bila tanya dia boleh ke tidak buat, jawabnya okay. Senang hati Mummynya tak perlu nak menolong.



Aliah pilih video di Youtube yang menggunakan gam panas. Kebanyakkan beg yang dihasilkan memerlukan jahitan, leceh baginya. Pakai gam ni lagi mudah senang dan pantas :)



Dah siap gam semua, Aliah sambung di bilik. Dia mencari stiker, manik dan apa sahaja yang boleh digunakan sebagai hiasan.



Inilah hasilnya dari sepasang seluar jeans menjadi sebuah beg tali yang comel. Cantik sangat dengan hiasan warna-warni.



Anggaran masa Aliah siapkan dalam 2 jam setengah. Esoknya selepas balik dari sekolah terus ai tanya dia feedback dari cikgu. Cikgu puji dengan hasil kerjanya. Tak ramai kawan kelas buat dan cikgu ambil gambar hasilnya itu tapi dia tak pasti untuk buat apa dengan gambarnya hehehe.. Beg itu pun boleh di bawa balik simpan di rumah dan dia pun boleh pakai bag itu untuk keluar ke mana-mana.

No comments: