Wednesday, September 1, 2021

Pemergian Mak Saudara


Pada 29hb Ogos, kami telah mendapat perkhabaran yang mendukacitakan apabila mak saudara ai telah meninggal dunia pada waktu pagi tarikh tersebut. Perkhabaran ini amat mengejutkan buat kami seisi keluarga kerana permergian arwah tanpa disangka. Ai dapat makluman melalui Whatsapp Group dari Abah menerusi message anak arwah pada pagi itu juga. Kebetulan pagi tu ai tak tengok telefon, sibuk dengan kerja rutian harian. Hampir pukul 11 pagi baru tergerak hati tengok telefon. Berderau masa membaca mesej itu dan terus laju menitik air mata. Ya Allah ai menangis bagaikan tiada hari esok. Kehilangan arwah sangat-sangat dirasai. Arwah merupakan satu-satunya adik perempuan yang paling rapat dengan Mak dan duduk berhampiran dengan kami. Adik beradik yang lain semuanya di Johor.



Arwah meninggal disebabkan komplikasi jantung. Ai tak boleh bayangkan keadaan Mak bila dapat tahu yang adiknya telah meninggal dunia. Kami panggil adik Mak ini Aunty Pah. Arwah sangat seorang yang baik. Peramah sampai kan orang yang baru kenal dengan dia pun selesa bersamanya seperti dah lama berkawan. Seorang yang sangat disenangi, baik hati, kuat bersedekah dan rajin menolong orang. Apa yang ai ingat sepanjang bersama dengannya, suka bertanya khabar pada anak-anak saudara. Kalau datang rumahnya, habis segala jenis makanan dia bawa keluar nak sajikan kepada kita, sangat baik dalam melayan dan menyantuni tetamu. Lagi satu masa Mak dan Abah dapat menunaikan haji tahun 2019, banyak sangat arwah Aunty Pah belanja mak barang-barang kelengkapan haji. Dia orang yang paling gembira bila dapat tahu Mak dan Abah dapat pergi ke Mekah. Kalau nak cerita kebaikannya terlampau banyak dan tak habis satu hari.

Alhamdulillah mak dapat menatap wajah terakhir arwah sebelum dikebumikan. Disebabkan arwah tiada dijangkiti Covid-19, ahli keluarga dan kenalan rapat dapat menziarah dan membuat solat Jenazah di masjid. Terima kasih pada adik ipar ai Fahmi bawakan Mak jumpa Arwah. Abah tak dapat ikut sama sebab dia tak berapa sihat, sakit kepala.



Kali terakhir ai berjumpa dengan Aunty Pah masa majlis persandingan adik ai Nani dan Fahmi pada bulan Januari. Selepas itu tak jumpa sampai la PKP hingga sekarang. Gambar di atas itu gambar tahun 2019 bulan sama dengan sekarang bulan September. Ada gambar terbaru dengan arwah tahun ini tapi bukan di handphone ai, masa ambil gambar tu dengan handphone arwah :( Tak boleh nak taip banyak lagi dah, teringat kat arwah.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ "Dari Allah kita datang, dan kepadaNya jugalah kita kembali". Semoga Allah mengangkat segala kebaikan dan menghapuskan segala dosa Almarhumah Latifah binti Dahlan. Al-Fatihah.

No comments: