Monday, December 5, 2022

Al-Fatihah buat Mak Tok


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Tanggal 4hb Disember 2022 kami dikejutkan dengan perkhabaran yang mendukacitakan bahawa Mak Tok telah meninggal dunia pada waktu pagi.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

AlFatihah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
امين



Masa ai dapat berita ini sedang berada diluar untuk membawa akak Zahra latihan dan pemilihan hoki. Disebabkan itu, ai tak dapat balik ke Johor dengan kadar segera kerana perlu menunggu latihannya habis dan hantar pulang ke asrama. Kalau ikutkan hati nak saja bawa dia sekali tetapi akak Zahra ada banyak tugasan yang perlu dia siapkan dan kebetulan juga hari latihan itu kawannya pun turut sama tumpang balik. Jadi nak taknak kami kena hantar juga mereka berdua ke asrama. Lepas saja hantar mereka, kami terus bergegas ke Johor Bahru.

Ya Allah, perjalanan ke sana mengambil masa hampir 5 jam. Banyak betul kereta di highway, memang tak boleh nak laju. Tak sempat kami nak tatap wajah terakhir Mak Tok sebelum dikebumikan. Mak, Abah dan adik pun tak sempat nak sampai awal walaupun mereka bertolak sebelum tengahari. Arwah Mak Tok dikebumikan awal sedikit sebelum masuk waktu Asar. Walaupun ada rasa terkilan sedikit tapi kami semua redha di atas pemergian arwah Mak Tok. Kali terakhir ai jumpa dia masa arwah melawat Mak dan Abah ketika arwah Achik meninggal.



Sempatlah bergambar ketika dirumah acik Nurin selepas majlis tahlil. Gambar di atas adik beradik Mak yang masih ada. Mak ada 11 orang adik beradik. Gambar di bawah pula gambar keluarga beramai-ramai. Tak semua dapat datang disebabkan kekangan masa.



Ai ambil gambar arwah Mak Tok di Facebook Pak Su. Simpan dalam blog ini sebagai kenangan. Nampak comel sangat arwah Mak Tok. Oh ya, sebenarnya arwah Mak Tok dan arwah adik ai Achik berkongsi tarikh lahir yang sama. Disebabkan itu ramai yang berkata muka arwah Achik salin tak tumpah dengan arwah Mak Tok [link]. Rupa-rupanya mereka twin kan :) Dan tak sangka juga mereka pergi meninggalkan kami pada tahun yang sama :(



Sekarang kedua-dua belah ai sudah tiada atok dan nenek begitu juga dengan enZaf. Tahun ini merupakan ujian yang besar buat kami sekeluarga terutamanya pada Mak. Dia bukan sahaja kehilangan anak malah kehilangan ibunya juga. Tahun lepas kehilangan adiknya, Aunty Pah [link]. Baru nak bangkit dan kuat, tiba-tiba datang sedih semula. Masa ai tengok muka Mak rasa sebak sangat, tak tahu nak gambarkan perasaan tu. Yang pasti air mata ai mengalir bila tengok dia masa di Johor tu. Sekarang ni tengah taip pun bergenang air mata huhu.. Ya Allah, Kau berilah kekuatan dan semangat buat Mak.

1 comment:

Burnout Salaryman said...

Yang tersimpan didalam hati,
Yang diingat dikeng-kenang;
Yang pergi dijemput ILahi,
Yang tinggal doa dikirimkan.