Monday, November 14, 2022

HOSCAR 2022

Pertama kali dapat masuk dalam asrama akak Zahra. Masa Tingkatan 1 tak dapat masuk langsung disebabkan waktu itu musim pandemik Covid-19. Jangan katakan nak masuk dalam asrama, nak datang melawat atau outing pun tak boleh. Hantar barang pun melalui guard house saja. Memang strict betul masa tu. Kesian pun ada tapi nak buat macamanakan, semua ini pun untuk mengekang penularan wabak. Jadinya tahun ini rezeki semua warga Semashur dapat melawat dan menziarahi keadaan dan suasana anak di dalam asrama.

Event ini dipanggil Semashur Hostel Carnival (HOSCAR) 2022. Kiranya macam hari terbuka la kan. Setiap homeroom diberi gerai untuk membuat jualan samaada makanan, minuman atau barangan. Dan setiap hasil jualan itu disalurkan sebagai dana tambahan kepada tabung homeroom masing-masing. Jika ada sebarang kerosakan atau apa saja keperluan untuk homeroom bolehlah menggunakan dana tersebut. Pagi-pagi ai dah sampai asrama akak Zahra. Tak sabar nak tengok tempatnya. Waktu melawat asrama pun hanya satu jam sahaja.



Dalam banyak-banyak dorm asrama, hanya dorm akak Zahra saja yang kecil, bila kecil bilangan murid dalam tu pun tak ramai. Hanya sepuloh orang sahaja. Ai suka sebab tak pening ramai sangatkan. Walaupun tak havoc seperti dorm lain tapi dia okay saja. Kena pula semuanya baik dan perangai satu kepala. Dormate dia ini ada saja buat aktiviti macam-macam. Kalau balik dari bercuti pasti ada buat makan-makan, masing-masing dah merancang nak bawa makanan apa untuk piknik mereka hehehe.. Apa sajalah anak oi, asalkan korang semua gembira, kita pun tumpang gembira jugakan.











Sebelum keluar dari dormnya, sempatlah ai ajak semua anak-anak bergambar. Tengok tu baju ai pun dah sama dengan dorang. Kalau pakai tudung hitam dah boleh join homeroom sini terus hahaha.. Sebelah kiri ai Cikgu, mentor anak-anak dalam dorm ini. Alhamdulillah nampak semuanya keadaan dorm dan asrama dalam keadaan baik dan selesa. Nak keluar dari perkarangan aspuri berjumpa dengan kawan baik akak Zahra, Auni.



Dah habis ronda-ronda kawasan aspuri, kami ke gerai jualan pula. Beli makanan dan minuman sebagai tanda sokongan kepada semua homeroom. Lagi pun perut memang sudah kelaparan hehehe.. Setiap gerai jualan ini dilakukan oleh para ibubapa dan anak-anak secara sukarelawan. Kami nak menjual tak pandai, jadinya kita membeli hihi..



Selain dari itu, terdapat aktiviti sukan rakyat di antara homeroom yang melibatkan ibubapa dan anak-anak. Disebabkan kami tak menjual jadinya ai dan enZaf menyertai sukan rakyat tersebut. enZaf main futsal dan ai bermain galah panjang. Masa letak nama tu tiba-tiba rasa menyesal pula sebabnya, mampu ke diri ini nak berlari main galah panjang hahahaha... Geng bapak-bapak main futsal mewakili homeroom anak. enZaf memang main bola, makanya tak menjadi masalah bagi dia untuk main.







Bergambar lagi sebelum perlawanan akhir antara Ar-Razi dengan Al-Battani.







Gambar ai pula bersama Mommies yang join main galah panjang. Disebabkan tak ramai ibu-ibu yang nak main jadinya kami combined mana yang ada menjadi satu group. Ada dua team je yang main. Kalah ke menang tetap dapat hadiah hehehehe...





Lepas habis main galah panjang ini baru rasa lebih menyesal lagi. Penat oi walaupun lari sikit je. Pancit dan ketar lutut terus. Perasan diri ni muda agaknya, lepas ini kalau ada aktiviti sebegini, jangan gatal offer nak masuk hahaha.. Terima kasih lah Aliah ambil video Mummy main galah panjang. Huduh benor orang gemok berlari. Ai dan enZaf masing-masing bawa balik hadiah ya. Team ai dapat nombor satu dan enZaf dapat nombor dua. Wah tepuk tangan pada diri sendiri hihihi.. Tak sangka Pang pun main galah panjang juga. Ini gambar masa kami sebelum main, muka semua elok lagi. Gambar selepas tak perlulah, rupa macam orang dah nak putus nyawa hahaha...



Majlis penutup di buat di Dewan Makan. Selesai semua ucapan dan pemberian hadiah, kami dijamu dengan makanan tengahari. MasyaAllah sedap betul semua masakan disediakan. Terima kasih pada pihak sekolah dan tahniah kerana menganjurkan Hoscar buat julung kalinya. InsyaAllah ada rezeki jumpa lagi Hoscar tahun hadapan.



No comments: