Wednesday, August 26, 2020

Dinner at The H


Pertama kali ai makan kat sini. enZaf ajak katanya dia ada perasan orang post kat Facebook pasal bubur ayam sedap. Nak bawa tu sebab tahu ai peminat bubur nasi. Thank you Yang! Lepas solat Maghrib terus kami ke sana. Sampai-sampai agak susah juga dapat parking, kawasan Hartamas ni boleh dikatakan happening. Banyak tempat makan dan pub gitu :) Sampai-sampai The H alhamdulillah tak berapa ramai orang. Mungkin disebabkan hari kami datang ni hari biasa iaitu Khamis yang lepas.



Sementara menunggu enZaf beli makanan, ambil gambar anak-anak.



Masa ni hanya ada akak Zahra dan Qaireen je. Aliah dan Ariq teman Daddy beli makanan dan minuman.



Sebab utama datang sini adalah bubur ayam. Ada set sekali dengan otak-otak ketam.



Memang sedap bubur ayamnya. Lauknya banyak dan paling penting rasanya lemak-lemak gitu. Susah nak dapat bubur sedap macam ni kat luar. Otak-otak ketam tu pun terbaik. Antara makanan lain yang enZaf beli, makanan-makanan ni kami makan beramai. Share bagi semua orang merasa. Ayam apa nama tapi salut dengan cheese. Sedap juga habis licin.



Pancake tembam nama diberi. Bila ai tengok takde la tembam mana. Comel je pancake tu. Yang ni berebut la anak-anak makan sebab cokelatkan. enZaf cakap tak berbaloi dengan harga. Nasib baik sedap, habis la juga.



Ada Lamb Chop juga. Aliah yang nak sangat tapi dia makan sikit je, lepas tu ai la yang kena habiskan.



Dan yang terakhir Beef Macaroni and Cheese. Tak perasan pula gambarnya blur, ai laju-laju snap lepas tu tak tengok balik :p



Dalam banyak-banyak makanan ni Mac & Cheese ni paling terbaik bagi ai. Walaupun nampak bekasnya kecil bila makan tu rasa banyak, boleh share satu keluarga. Oh lupa pula, enZaf ada order Char Keow Teow Kodiang. Tak ambil gambar makanannya, sedap tapi ai makan sikit je sebab dah full. Banyak lagi makanan yang disediakan kat The H ni, ada rezeki boleh datang sini lagi cuba makanan lain pula.

2 comments:

A m m i said...

belum pernah pergi tempat ni..nanti bolehlah ammi try dengan family

Nurhayati said...

ammi: menarik juga tempat ni sbb semua gerai berbeza makanannya.. pastu org yg kutip pinggan cawan kemas meja, anak2 muda yang buat. selalunya buat kerja macam ni pekerja asing kan.