Monday, August 10, 2020

Short Trip to Penang


Entry malam ni nak cerita baling ke belakang, lebih tepat lagi pada minggu ke-3 bulan Julai :) Pada hari Jumaat dalam pukul 10 malam, tiba-tiba ai dapat Whatsapp dari enZaf minta packing baju. Katanya lagi nak pergi Penang untuk 1 malam. Kalau nak diikutkan memang kami ada planning nak pergi Penang masa awal bulan 7 tu, tapi masa tak mengizinkan sebabnya enZaf sibuk dengan kerja. Ingatkan memang tak pergi la memandangkan Zahra pun dah sekolah, tup tup pergi pula. Pergi sebelum Aliah dan Ariq sekolah katanya. Memandangkan dapat Whatsapp tu pun dah lewat, esok pagi je la ai packing lagipun satu malam saja, okayla takde banyak nak bawa pun hehe

Dalam pukul 9 pagi kami keluar rumah tapi sebelum masuk highway singgah sekolah anak-anak dulu. Nak order makanan dorang untuk waktu rehat. Untuk pertama kali sahaja order kat sekolah, lepas tu melalui online saja. Senang sikitkan. Selesai urusan sekolah anak-anak terus sambung perjalanan ke Penang. Lama ai tak pergi ke arah Utara, selalu ke Selatan sahaja. Sampaikan R&R Tapah pun dah berubah wajah hahhaha Kami isi perut dulu kat Mohd Chan.



Sampai ke Penang dalam pukul 3 petang. Kalau nak diikutkan boleh sampai awal lagi, tapi cuaca hujan lebat bermula dari Kuala Kangsar sampai la ke Penang. Oh lagi satu tak silap ada accident, agak lama juga jem dari terowong Menora lagi. Apa pun Alhamdulillah kami selamat sampai. Ingatkan sampai-sampai Penang nak makan dekat ChinaHouse tapi ramainya orang, dari jauh dah nampak orang beratur. Dah tengok panjang tu tak jadi la makan kat situ kami terus ke Padang Kota. Sebelum tu ai sempat ambil satu gambar kat street art dengan anak-anak. Itu pun laju-laju sebabnya hujan rintik-rintik dah. Mujur takde orang haha



Dapat ambil gambar ni pun sebab alang-alang lalu nak ke kereta. Kalau tak tak de juga. Thank you enZaf sudi melayan perangai wifenya :p Oh bila dah sampai Padang Kota wajibla ada Pasembur :) Bukan main banyak enZaf ambil.



Kerang rebus.



Masa makan ni cuaca masih hujan rintik-rintik. Boleh dikatakan petang tu memang hujan kat Penang. Nasib baik kami sampai tu ada meja kosong. Memang rezeki.



Tak senonoh betul lakiku okay, masa ada sorang anak ni datang minta derma boleh ek dia minta tolong anak tu ambilkan gambar kami. Aduhai nasib baik anak tu layan. Qaireen sorang yang tak masuk dalam gambar.



Elok habis makan hujan pun dah berhenti. Terus ai ajak enZaf lepak kat tepi pantai tu.



My driver, my banker dan apa saja lah hihi



Lepak sambil tengok Qaireen main bubbles. Ada satu video tu Qaireen bukan main seronok dapat juga beli bubbles. Ikutkan Daddy dia taknak beli tapi dia dah bising.. terpaksa beli juga haha






Ada juga gambar satu keluarga :)



No comments: