Cerita awal bulan Julai kami ke Genting. Pergi yang tak dirancang pun, masa keluar makan tengahari enZaf tanya ai nak pergi ke mana lepas makan. Ai jawab takde plan apa pun, ikut je la dia nak bawa kita pergi mana pun hihi Yang pasti ai malas nak masuk shopping mall. Rasanya sejak PKP ai hanya masuk IPC dengan Ikea je oh ye sekali kat Setia Mall. Nak pergi shopping mall lain tu macam malas. Tiba-tiba enZaf cakap jom kita ke Genting.. ai pun laju je la cakap ok hehehe Sebelum ke Genting tu kami lunch dulu dekat restoran tapi ai tak ingat pula namanya. Lama tak ke sini sebab kedainya hala nak ke Plaza Tol Gombak. Sebelum ni kedudukan kedainya di tengah-tengah shoplot, sekarang dah pindah masih deretan kedai yang sama tapi kat corner lot pula. Lebih besar, selesa dan cantik lagi, alhamdulillah semakin maju perniagaannya :)
Tapai Pulut Sarimah nama diberi ;) Lama tak makan pulut, sedap tapi saiznya comel sangat.
Seperti biasa ai akan ambil gambar anak-anak sorang satu. Lagi pun masa bergambar ni, hujan turun agak lebat. Sementara nak menunggu hujan reda, itu yang habis semua orang ai suruh bergambar hihi
Tak silap dalam pukul 4 lebih kot kami sampai ke Genting, tapi sebelum sampai puncak enZaf ajak ke GPO dulu. Ramai juga orang kat dalam GPO ni, panjang juga beratur nak masuk dalam. Tapi walaupun panjang linenya pergerakan agak laju juga, takde la lama sangat menunggu. Cuaca kat GPO tu pun takde la sejuk sangat, mungkin ramai orang kot haha Bila dah ramai orang ni satu je tak best bila nak masuk kedai. Memandangkan sekarang ni kita kena biasa dengan SOP bila dah ramai orang lagi panjang dan lama la menunggu sikit sebelum masuk dalam sesuatu kedai. Sebabnya dalam kedai dihadkan bilangan orang, tak boleh sesak sesak bagaikan. Jadinya kita kena akur dan terima la dengan kehidupan baru kita. Kalau sanggup beratur dan tunggu silakan, kalau tak sanggup keluar cari tempat lain haha Masa ni ambil gambar anak-anak tengah beratur nak masuk dalam Padini.
Lepas tu nak ambil gambar Qaireen sorang, nak tunjuk dekat Mak Ngah dia bahawasanya pakaian yang Qaireen pakai dari atas sampai la ke kasut semuanya dari sepupunya Aira. Kami ni memang bersilih ganti pass baju, selagi pakaian tu elok lagi dan boleh dipakai buat turun temurun :)
Gambar adik beradik.
Asyik ambil gambar anak-anak je, ai pun nak juga bergambar dengan enZaf. Thank you akak Zahra ambilkan gambar Mummy dan Daddy :)
Dah penat berjalan sana sini, kami singgah makan dulu kat Coffee Bean.
Sampai dekat pukul 10 juga kami kat GPO. Bukan main lama betul hahaha.. lama sebab menunggu la nak masuk kedaikan. Keluar dari GPO terus kami naik ke atas lagi. Ai macam tak berapa cam sangat dah bila dah ke atas. Bangunan baru pun dah banyak, jalan pun macam tak pernah tengok haha Tempat yang kami biasa lepak pun tak boleh masuk dah. Tutup untuk apa tak pasti pula dah gelap ai tak nampak apa. Nampak macam dah sesak dengan bangunan atas Genting ni, jadi kami pusing-pusing atas tu mencari tempat untuk berhenti. Cantik view dari sini nampak banyak lampu, ini pun pakai camera enZaf. Kalau pakai phone ai, tak nampak apa haha nampak gaya kena tukar phone baru ni :p
Masa keluar layan sejuk ni, Qaireen keras tak boleh bergerak. Lagi pun memang agak sejuk malam tu, cuaca sekarang ni kan hujan je. Bila berangin tu lagi la, menggigil juga dibuatnya.
Bila lama lepak kat luar, baru la Qaireen tu boleh adapt. Dia dah mula berjalan berlari seronok agaknya heheh
Sampai pukul 12 pagi kami kat situ. Ramai juga orang macam kami ni suka layan sejuk hahaha Kami memang suka ke Genting balik hari macam ni. Lagi pun dekat saja kalau nak pergi balik pun. Terima kasih enZaf sudi bawa ai dan anak-anak ke sana sini. Semoga dilimpahi dengan rezeki yang berpanjangan dan berkat.

2 comments:
seronok berjalan anak beranak =)
kan... janji semua ada mmg seronok, gitu la perasaan mak2 ni. :p
Post a Comment