Tuesday, August 4, 2020

Dataran Putra


Pada hari Isnin minggu lepas enZaf ajak ai ikut dia keluar. Dia hanya nak hantar dokumen kat Putrajaya itu yang ajak ai sekali. Dah orang ajakkan kita pun laju je la. Kami keluar lepas solat Zuhur dan tunggu sekali akak Zahra dan Aliah balik dari sekolah. Lamanya la tak pergi Putrajaya. enZaf nak hantar dokumen dekat Jabatan Perdana Menteri. Cantik betul bangunan tu kan. Rasa gah dan bangga pula hehehe



Masa enZaf hantar tu kami tunggu je dalam kereta, takkan la nak ikut sama pulakan. Ada la dalam 30-45 minit macam tu. Okay la tak lama sangat. Qaireen pun tidur jadi takde la rasa haru sangat hahaha Lepas dia dah hantar tu sempat la ai ajak dia bergambar dekat Dataran Putra. Nasib baik enZaf kata okay. Cuaca masa tu ya ampun panas terik juga. Laju-laju kami bergambar. Anak-anak pun redha :p



Gambar atas tu dari camera ai, tak berapa cantik sebab gelap sikit. Gambar-gambar kat bawah ni pula dari camera enZaf, elok terang benderang. Cantik sangat gambarnya. Thank you akak Zahra ambilkan gambar ni. Masa ni Qaireen sibuk nak bergambar juga, nasib Aliah tolong jagakan.



Bergambar dengan anak-anak dara pula.



Gambar sekeluarga yang tak cukup corum. Ariq sekolah petang sebab tu dia takde dalam gambar ni. Cantik berlatarbelakangkan bangunan JPM.



Berlatarbelakangkan Masjid Putra pula. Bergambar ni dalam pukul 4 petang lebih dengan cuaca panas dan waktu kerja, siapa pula nak bergambar waktu ni kan. Jadi best sebab takde orang ramai, kami-kami je :)



Masa on the way balik, enZaf Whatsapp kawannya tanya tempat mana best nak makan petang. Terutamanya yang ada jual pisang goreng. Kawannya rekemen satu gerai depan Institut Penilaian Negara (Inspen).. kami pun terus ke sana. Masa sampai tu tengok ramai juga orang beratur dah, tapi rata-ratanya ramai beli bungkus. Dalam gerai tu ada sediakan makan kat situ juga.



Selain pisang goreng, ada juga keropok lekor. Bagi tekak ai, biasa-biasa je pisang goreng tu. Mungkin dapat pisang tu tak berapa manis. Tapi boleh la makan. Sekarang ni susahkan nak cari pisang goreng sedap. Keropok lekor pula okay sedap.



Kat gerai situ ada juga jual mee dan laksa. Ai order laksa. Sayang laksanya tak berapa sedap. Kuahnya cair huhu



Bukan main anak dara ni, suka dia pakai spek kakak Aliah.



Dari Kajang kami terus balik KD, kejar masa nak ambil Ariq pula kat sekolah. Jalan agak jem sebab waktu kerja dah habis, mujur sempat sampai awal. Seronok bila dapat ikut enZaf keluar kerja walaupun sekejap.


No comments: