Saturday, November 23, 2019

Pertandingan Yamaha Keyboard Music Time Peringkat Negeri Selangor 2019


Pada 4hb November yang lepas, akak Zahra dan kawan-kawan sekolahnya ada masuk pertandingan keyboard antara sekolah anjuran Yamaha. Ikutkan plan asal pertandingan tu diadakan pada bulan 10, selepas hari Deepavali dan tempat pertandingan dibuat di sekolah area Bukit Jelutong. Tapi postponed pada awal bulan 11 dan tempatnya pun berubah dijalankan dalam bangunan Yamaha itu sendiri di Kelana Jaya. Menarik juga sebab ai tak pernah masuk dalam bangunan ni. Selalu nampak je kat tepi jalan bila kita lalu ldp :)

Sebelum kami ke Yamaha ni, sempat la breakfast dulu kat Mutiara. Oh akak Zahra dia dah berkumpul dekat sekolah awal pagi lagi, dan pergi bersama dengan guru. Giliran bagi sekolah dorang bermula pada pukul 11 pagi. Lepas makan terus kami ke sana. Sampai-sampai terus ai cari Zahra dan apa lagi, ambil gambar la hehe



Group dorang 5 lelaki dan 5 perempuan.



Thank you enZaf sudi meluangkan masa bawa ai tengok akak Zahra dan support dorang. Sanggup dia postponedkan meetingnya. Thank you, thank you, thank you.



Seperti biasa la budak ni tak reti duduk diam. Ke sana sini dia berjalan.



Walaupun dia tak duduk diam, janji Qaireen tak meragam dan bising. Umpan dia makan dan tengok Didi & friends setel haha Alhamdulillah. Agak lama juga menunggu nak start tu, sempat la ai ambil gambar sikit dari sekolah-sekolah lain yang join pertandingan ini.

Gambar bawah ni murid Tahap 1. Dorang start pertandingan awal dalam pukul 8 pagi. Cantik bajunya. Warna menarik. Habis dah giliran dorang masa ni, tengah bersiap-siap nak balik.



Masa ai baru sampai tu pun nampak ramai murid-murid Tahap 1 nak balik, ya ampun comel gila baju-baju dorang. Ada yang tema butterfly, ada pakai bee la macam tengok konsert prasekolah pun iya juga. Serious comel sangat tapi sayang tak sempat ai ambil gambar dorang. Masa tu dah bergegas naik atas nak cari Zahra.

Yang bawah ni cantik juga pakaiannya, macam penari zapin. Tak tahu sekolah mana, curi-curi snap gitu hehe.



Yang sekolah ni pula, pakai pakaian mengikut kaum. Macam nak raya pun ada. Lawa-lawa tengok.



Ada hujung tu nampak sket pakaian koboi. Dorang tengah tunggu giliran nak perform. Dalam banyak-banyak sekolah, paling ramai pakai pakaian yang berwarna merah. Merah tu warna buat kita semangat gitu.



Nak start dah. Giliran pertama okay. Ada 4 orang juri profesional.



Ai ambil video masa dorang ni main keyboard. Tak tahu kenapa tak boleh masuk dalam entry ni. Mungkin videonya panjang sangat kot. Nanti ada masa ai cuba masukkan semula. Muka lega dah selesai perform. Harusla gembira.



Anak-anak ni semua ai dah kenal mereka dari Tahun 1 lagi. Dan dorang pun dah kenal ai mak sapa hahaha Oh kecuali Damia & Aqil, dorang berdua masuk lambat sikit Tahun 2. Tapi kejap je dah kenal lepas tu. Bergambar dengan guru mereka sebelum balik. Bersama Cikgu Faizura dan Cikgu Atiq.



Bergambar ngan Daddy. Ariq tu tak tau la kenapa buat muka macam tu. Selalunya kalau gitu tanda muka dah lapar :p



Harusla ada bergambar dengan Mummy pula.



Sekolah dorang ni first time join pertandingan keyboard ni. Pertandingan ni terbuka untuk semua sekolah negeri Selangor. Tak silap dalam 2 hari nak habiskan kesemua sekolah yang bertanding. Tak sure jumlah keseluruhan sekolah yang join tapi puluh-puluh juga la. Itu pun tak semua masuk, Selangor je dah beratus sekolah kot. Kalau semua masuk tak tahu la berapa lama nak habis hihi.

Masa masuk ni cikgu dan anak-anak takde letak high expectation sebab first time kot. Cikgu cakap lebih kepada nak kutip pengalaman. Tapi tak sangka pula, dalam hari ke-3 selepas pertandingan, cikgu Faizura beritahu kami ibubapa yang mereka dapat Bronze. Ya Allah terkejut ai. Memang tak disangka, rezeki anak-anak sungguh. Tahniah atas usaha mereka dan bimbingan dari cikgu. Tak sia-sia praktis hari-hari dari sebelum exam akhir tahun lepas tu stop sekejap dan sambung balik lepas selesai exam hehe Good job & well done anak-anak dan cikgu.

Oh mana sekolah yang menang dapat Gold, tak silap ai mereka akan bertanding lagi dengan semua Gold dari negeri-negeri lain pula untuk peringkat Kebangsaan. Perghhh yang ni lagi power la. Mesti lagi best performance dorangkan.



No comments: