Mentang-mentang dah makan kat luar, jarang dah ai update pasal resepi hihi Padahal hari-hari masak nak nak pula sekarang semua dah bersekolah. Lagilah pukul 10 pagi dah memasak untuk lunch. Kalini nak share makanan kegemaran enZaf iaitu sambal tempe, ikan bilis dan kacang. Ianya juga boleh juga dijadikan sebagai kudapan. Sedap okay ratah macam tu je. Kalau enZaf keluar outstation terutamanya ke overseas macam London, dia memang suka kalau dibekalkan dengan lauk ni. Senang nak dibawa, sedap dan ringkas bila lapar makan dengan nasi atau pun roti. Bukan dia sahaja, kawan-kawan atau sesiapa yang pergi bersama dengan dia pun join makan juga hihihi Resepi ai bagi ni dalam anggaran untuk 4 orang makan.
Bahan-bahan
1 paket tempe (dihiris nipis) *
1 cawan ikan bilis *
1 cawan kacang *
3 ulas bawang merah (dihiris)
3 sb cili kisar
1 tangkai daun kari
2 sb gula
sedikit garam
Cara Menyediakan
Mula-mula gorengkan bahan-bahan yang bertanda * satu persatu. Untuk tempe gaulkan dahulu dengan serbuk kunyit sebelum menggoreng. Ketepikan tempe, ikan bilis dan kacang yang telah digoreng.
Dalam kuali yang sama masukkan bawang merah dan daun kari tumiskan sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar masak sehingga pecah minyak. Masukkan pula gula dan kacau. Akhir sekali masukkan kesemua tempe, ikan bilis dan kacang gaul sehingga sebati. Tambahkan garam secukup rasa. Dah siap!
Seperti biasa kalau masak sambal enZaf suka manis-manis pedas. Terpulang pada uols boleh adjust nak pedas lebih atau manis lebih. Kalau takde ikan bilis atau kacang pun takpe, boleh digantikan dengan kentang. Kalau ada kentang, hiris nipis atau tebal ikut kesukaan dan goreng dahulu sama macam tempe, ikan bilis dan kacang. Masa masak ni kentang dah habis, kalau ada ai masukkan sekali dengan sambal tempe ni, sumbat semua lagi sedap. Buat stok banyak-banyak simpan dalam balang :)
4 comments:
suka gak makan ni tapi belum pernah buat lagi kat rumah sendiri
lauk cemni bertambah2 nasi.. sedap..
sheila: sama la kita masa dulu pun. bila kat rumah ni dah ramai makan macam-macam seronok pula masak sendiri kan..
siti: kan.. nak pula nasi panas2.. pergh selera lain macam haha
Post a Comment