Monday, July 6, 2020

Mencendol Lagi


Yeay dapat makan cendol lagi. Pada hari Khamis yang lepas, dapat whatsapp dari enZaf suruh turun. Maknanya suruh bersiap dan keluar. Masa tu ai tengok jam dah pukul 6.30 petang. Tanya dia nak pergi mana, enZaf taip nak pergi makan cendol. Bila dia dah ajak apa lagi laju-laju ai suruh anak-anak bersiap hehe Mula-mula tu enZaf nak ajak makan cendol kat satu gerai tepi jalan dekat Seksyen 6 juga. Sampai-sampai kami kat sana tutup dah gerainya. Tengok tengah berkemas-kemas dah. Cepat juga habis, laku keras tu hehe. Terus kami ke Rizky tempat kami makan sebelum ni [link]. Kat Rizky ni buka sampai malam kalau tak sempat makan siang, malam pun boleh datang lagi. enZaf order cendol pulut durian D24. Tengok durian tu, besar gedabak sampai tak muat dalam mangkuk. Puas hati :)



Dalam gerai Rizky ni nampak ada stall orang jual laksa. Terus ai minta enZaf order laksa nak makan situ juga. Sedap laksanya harga pun murah dalam RM4 satu mangkuk.



Ambil gambar peminat cendol durian. Senyum sampai ke telinga dorang ni kalau bab makan. Sama macam Mummynya hahaha Cendolnya banyak jadi share aje. Comot betul makan habis tumpah sana sini huhu



Akak Zahra macam biasa la tak makan cendol. Dia tengok je. Daddy dia dah beritahu pesan la nak makan apa. Sebab sebelah Rizky ni kedai tomyam. Tapi dia yang tak nak makan. Sebelum keluar tadi pun ai dah buat makan petang. Kenyang agaknya. Ambil gambar dia silau cahaya sebab belakang tu matahari nak terbenam sudah.



Thank you akak Zahra ambil gambar kami.



Nak ambil gambar Qaireen, buat muka pula dia. Sebab Mummy main ambil je handphone, padahal dia tengah kusyuk tengok Didi & Friends. Sorry nak... comotnya makan cendol, meleleh kat dagu hihi



Sebelum balik sempat enZaf order satay untuk dibawa balik. Dah sampai rumah, tiba-tiba Aliah meluru dekat ai beritahu yang earing sebelah dia takde huhuhu Bila dia beritahu tu berderau jantung, mana taknya hilang tu emas kot. Lagi mendebarkan earing tu pemberian Mak Tok dan Tok Abah. Kalau terjatuh masa dalam rumah takpe lagi, ini siap keluar pergi makan cendol bagai. Tapi Aliah cakap masa makan cendol ada earing tu lagi sebab dia pegang telinga katanya. Terus ai dan Aliah keluar rumah mencari earing dia yang jatuh tu. Ikut balik jalan yang sama dari rumah ke kereta. Sepanjang mencari tu memang tak jumpa atas jalan. Dah sampai ke kereta ai lupa pula bawa kunci kereta. Jengok dari cermin tak nampak pula. Dah patah balik rumah dengan perasaan yang sedih. Dekat rumah bersihkan diri dan solat Maghrib dulu.

Lepas solat Maghrib ai ajak Aliah lagi sekali keluar cari dalam kereta pula. Aliah siap cakap dengan ai, dia dah doa banyak kali bagi jumpa semula earing dia tu. Ai pun berdoa dan berharap earing dia tu jatuh dalam kereta. Andai kata tak jumpa dan mungkin earing dia tu jatuh masa makan kat gerai atau pun mana-mana la, ai redha dan pasrah je la. Nak buat macamanakan.. Masa buka pintu kereta tengok tempat duduk Aliah tak nampak pula earingnya. Ada bantal atas kerusi, laju ai angkat. Sekali tengok elok earing dia bawah bantal tersembunyi. Ya Allah bersyukurnya rasa hati ini. Alhamdulillah masih ada rezeki buat Aliah. Terima kasih Allah :)

No comments: