Wednesday, July 8, 2020

Dinner at Skohns Canteen


Sejak dah boleh makan kat luar ni, memang laju la kami semua jjcm. Dah kembali kepada rutin asal cuma berbeza kena biasakan diri dengan normal baharu :) Perkara ni subjektif untuk setiap orang. Nak keluar atau tak bergantung kepada diri sendiri, tepuk dada tanya selera. Yang penting ikut sop, jangan kecam-kecam orang okay. Ini pun kalau nak keluar makan, kami tengok tempat. Kalau tak ramai on, kalau ramai kita cari tempat lain je. Pada hari Jumaat minggu lepas, enZaf ajak makan malam kat luar. Kalini dia bawa makan kat Damansara Perdana. First time ai makan sini, Kafe Skohns Canteen.



Kedai ni menyediakan makanan Westerns. Sebelum masuk dalam kedai, sempat ai search dan tengok dalam IG. Nak tengok makanan apa yang kedai ini hidangkan. Anak-anak awal-awal lagi dah cakap Mummy, Pasta!! hmm ai dah agak dah hahaha.. Kalau anak dah sebut makanan feveret tu, janganlah tetiba nak pergi kedai lain. Memang confirm la makan situ, ai pun tak payah la tengok gambar lama-lama :p Tapi masa order makanan tu, takde pula anak-anak ni nak pasta. Lain pula yang diorder. Sabar je la.









Makanan yang kami order ni share ramai-ramai. Semua orang dapat merasa kecuali akak Zahra la. Dia tu memang susah nak makan menda lain. Yang dia makan Macaroni Mac & Cheese.



Oh ya, semua makanan-makanan atas meja ni semuanya sedap okay. Kenyang kami makan, itu pun pada awalnya enZaf nak order Scones dan Bread Pudding. Tapi ai cakap makan dulu, kalau rasa boleh masuk lagi baru tambah dessert dia nak tu. Sekali belum sempat habis ayat tanya dia nak ke order desserts bagai, laju dia kata tak nak dah kenyang hahaha Apa ke tamak dia malam tu semua menda nak makan huhu Sesi wajib bergambar tiap kali makan.





Bertuah punya Qaireen, time Mummy dia nak snap gambar terus dia keluarkan air kosong dia minum tu. Habis meleleh dah rupa macam air liur grrr...



Simple je deko kedai ni. Selain makanan Western rupanya kedai ni juga ada menyediakan makanan lokal. Tapi tak banyak sangatla. Masa enZaf nak bayar tu, ai perasan ada tulis Menu of The Day kat blackboard. Nampak ada Asam Pedas, Nasi Tomato, Sup Tulang dan macam-macam lagi. Nanti boleh la ajak enZaf datang makan sini lagi waktu tengahari pula :)



Masa nak keluar kedai tu, enZaf offer ambilkan gambar ai dengan bunga katanya. Dah orang sudi nak ambilkan gambar maka kita pun senyum je la :)



Sempat lagi ai ambil gambar anak-anak luar kedai. Gembira ya sikenit tu.




No comments: