Dalam rumah ni yang paling suka makan jagung ialah Aliah. Dia apa sahaja yang berkenaan dengan jagung memang laju je. Daddy dia pun sama suka jagung. Kalau pergi pasar malam tak sah kalau tak membeli jagung rebus. Satu tongkol tu mesti untuk Aliah seorang. Jagung yang dalam cup pun dia suka makan juga. Nak nak kalau lalu depan Nelson's, mesti suruh kami beli. Ai pula kalau kat Nelson's suka makan wafflenya.
Pada hari Rabu yang lepas, ai ajak Aliah buat agar-agar jagung. Memandangkan kat dapur banyak stok agar-agar tali dan jagung dalam tin, elok sangat la buat sebab dah ada bahan-bahankan. Lagi pun agar-agar ni memang sentiasa ada kat rumah. Ai selalu buat agar-agar milo, saja simpan dalam fridge buat pencuci mulut waktu petang dan malam eh pada bila-bila masa je la kalau terasa nak makankan. Berbeza buat agar-agar kalini ai panggil Aliah untuk dia yang masak, memang laju la dia datang. Senang kerja Mummy kurang penat sikit :)
Serius anak dara buat kerja. Fokus sungguh. Nasib baik buat agar-agar ni senang saja. Ai datang tengok-tengok kejap lepas tu tinggalkan dia. Bila dia dah siap masak dan nak tuang dalam bekas je baru panggil ai sebab takut tumpah bila nak simpan dalam fridge hehe
Ingat nak buat puding jagung tapi takde santan. Buat agar-agar kosong je la buh jagung manis tu. Tapi itu pun dah sedap buat makan gitu je kan.
Jagung tu Aliah habiskan satu tin. Bila dah banyak sangat habis semua jagung mendap kat bawah, beratkan haha. Nak potong pun tak smooth. Terkeluar-keluar jagung tu. Itu yang buruk rupanya Mummy dia potong agar-agar haha Tak cantik pun takpe la asalkan sedap. Apa pun terima kasih anakku, buatkan pencuci mulut untuk Mummy dan satu keluarga la. Walaupun yang makan hanya Aliah, Mummy dan Daddy :)

No comments:
Post a Comment