Thursday, May 23, 2019

Bersalinkan Qaireen [Part 2]


Baru nak sambung entry
bersalinkan Qaireen part 2 plak.
Ceh bunyi mcm byk benor partnya :p
Yang part 1 kat entry ni [link]

Harap2 dapat la cerita se"details" yg boleh.

Lepas dari selfie sorang2 kat wad,
dalam pukul 3 petang enZaf datang wad
bawak sekali telekung ai pesan kat dia.
Dia datang sorang je,
uruskan anak2 dan hantar semuanya kat rumah mak.

Terus ai gi ambil wudhu dan bersiap solat Zuhur.
Masa ni dah rasa contraction makin kerap dan sakit.
Elok lepas solat,
tak silap ai rasa lagi keluar air ketuban.
Panggil nurse bgtahu yg keluar lagi airnya.
Dia pun check skali bukaan serviks ai.
Dari awal admit sampai la pukul 4
bukaan masih sama 3cm.
Takde perkembangan langsung.
Memang mcm bersalin anak pertama.
Padahal rasa dah aktif sehabisnya.
Berjalan tak berhenti2 ke sana sini.

Disebabkan bukaan pun masih sama,
diriku masih lg la dalam wad.
Dalam pukul 5 gitu kalau tak silap,
nurse datang lg sekali check darah tinggi bagai semua.
Masa tgh check tu ai dah macam kepenatan,
baring je..
sekali nurse cakap suhu badan ai tinggi,
katanya ni dah kategori demam.
Terus dia panggil doktor Fatima.
Ikutkan doktor nak dtg lepas Maghrib,
tp disebabkan ai demam,
terus on the spot panggil doktor.
Dan terus jua ai ditolak ke labour room.

Ya ampun bila ada dalamm labour room ni,
perasaan bercampur baur.
Panik pun ada sbb setiap bersalin tu
tak sama, lain sama sekali.
Mulut pun tak henti2 baca doa nabi Yunus.



Masa ctg dah pasang kat perut,
mmg nampak dah contraction dah tinggi sangat.
Ai pun dah rasa sakit ya amat.
Nasib baik enZaf ada setia meneman di sisi.
At least gemuruh tu kurang la sikit
walaupun tak berapa nak kurang sangat hahaha

Doktor Fatima pun sampai dan tengok keadaan ai.
Check bukaan serviks,
masih sama 3 cm tak bergerak.
Doktor Fatima kategorikan yg ai ni
dalam keadaan "poor progress labour".
Antara faktor jadi mcmtu,
proses nak bersalin tu dah lebih 12jam
dan selain dari tu faktor umur pun main peranan.
Itu situasi bagi ai tapi bukan orang lain.
Tiap orang tak samakan jd tak boleh bandingkan
dengan orang lain.

Tengah2 doktor check tu,
tetiba tgk kat ctg
heart beat baby drop.
Tiap kali contraction ai datang,
masa tu juga la degupan jantung baby turun.
Ya Allah masa tu berdebarnya perasaan ni.
Doktor Fatima terus bgtahu,
kalau berlarutan macamni akan membahayakan baby.
Sebab ni tanda2 baby dah lemas.
Jadi dia suggestkan ai buat emergency c-section.
Minta ai bincang ngan suami.
Masa ni dalam keadaan ai sakit dan tak boleh berfikir,
ai cakap ngan enZaf serahkan pada dia,
dan nasihat doktor.
Sebab dia lebih mengetahuikan.
Walaupun ai ada terdetik sedikit perasaan sedih,
sbbnya tak boleh nak lahirkan normal.
Tapi kesihatan baby lebih utama dalam perkara ni.

Ai pun dalam keadaan demam
dengan contraction dah semakin kuat & sakit,
heart beat baby dah turun.
Ai & enZaf sendiri nampak result kat mesin ctg tu.
Memang emergency c-sect la keputusan yg tepat masa tu.
Terus kami sign borang kebenaran tuk dibedah.

Masa ke-dua2 pihak dah setuju,
begitu laju sekali nurse2 dan doktor,
buat persiapan dan tolak ai ke bilik bedah.
enZaf la cakap, cekap betul masing2 buat kerja,
macam tak sempat nak fikir apa.
Tp bukan bagi ai,
masa tu ai dah sakit sangat2 ok.
Sementara nak tunggu masuk OT tu,
ai pegang besi katil tu menggigil2 ok menahan sakit.
Sakit ya amat2 sampai bergegar besi katil.

Bila dah dalam bilik OT tu,
berdebar lagi sekali.
Masa ni mata melilau cari enZaf,
lambat plak dia masuk.
Dia masuk baru rasa lega sikit.
Pastu doktor bius pun masuk.
Lega dia cucuk belakang tak rasa sakit.
Mungkin sakit contraction tu dah menguasai satu badan.
Bila bius tu dah masuk badan
baru la badan tu rileks okay,
hilang segala rasa sakit contraction.
Doktor Fatima pun tepuk2 tanya kot ada rasa ke tak.
Dan dia pun bgtahu nak start belah perut huhuhu

Tengah doktor buat prosedur tu,
doktor bius ke nurse ai dah lupa sapa,
tetiba datang kat ai tegur,
kenapa heart beat ai drop.
Minta ai rileks tarik nafas panjang.
Aduhhh..mana la ai nak tahu,
mungkin suspen dan satu lagi ai demam agaknya kan hehe
Berpeluh2 ai masa tgh operate tu,
enZaf ckp dlm OT tu punya la sejuk.

Doktor Fatima kata ha dah nampak baby,
rupanya baby dah berbelit dgn tali pusat.
2kali tali pusat kat leher dia.
Ya Allah mujur sempat diselamatkan.
Dia angkat baby dan terus tunjuk kat ai,
tanya jantina baby apa.
Tp tak sempat ai nak pegang dia,
doktor terus pass kat doktor Syed (paed)
kena check baby terus sbb dia dah lama lemas.

Lepas dari tu,
mulut ai tak berhenti2 ucap syukur.
Tepat pukul 6.30 petang baby keluar dari rahim.
Allah tahu apa yg terbaik buat ai dan baby.
Lepas dah selesai semua
ai ditolak balik ke wad.
Oooo masa kat wad nurse pasang tiub saluran air kencing,
first time pakai menda ni.
Terasa juga la masa pakaikan tiub tu.
Lepas operate tak boleh bangun untuk beberapa jam.
Lupa plak berapa jam ek...4 ke 6 jam.
Baby pun tak tengok2 lagi huhu

Lama sket dalam pukul 8 lebih kot
baru nurse hantar baby dalam bilik.
Nak susukan baby.
Allahuakbar.. comelnya kamu nak.
Bau syurga yg tak bole dibeli.



Bulat mukanya heheh
Berapa minit lepas tu,
mak abah datang bawak anak2
yg tak sabar nak tgk adik mereka.

Kakak Aliah paling teruja.



Mak Tok lama tak pegang baby.
5 tahun lebih bersara sementara hihi








Makan malam pertama selepas bersalin.
Selera ai makan, habis licin.
Lapar yg sebenarnya hehe



22hb Februari 2018

Hari ke-2 di wad.
Pagi makan roti dan air milo.



Yang ni menu lunch ai.



Makan petang dan malam tak ambil gambar :)
Lepas selesai breakfast,
doc Fatimah pun dtg nak buat checkup.
Dia tanya ai dah bangun berjalan2 ke,
cakap tak bangun lg.
Takut huhuhu
Dia pesan lepas ni ai kena bangun dan bergerak.
Tak nak nanti ada komplikasi darah beku
sbb lama sangat baring.

Masa tu jugak, doktor bagi macam2
nasihat buat itu buat ini,
last sekali dia bgtau nanti nurse bg binder.
Ajarkan pakai bila nak bangun berjalan nanti.
Ingatkan kalau caesar tak perlu pakai,
rupanya kena pakaikan.
Supaya perut tu kemas dan takde la sakit sgt
nak bergerak nanti.
Tp takde la pakai binder tu ketat giler,
agak2 selesa dan tak menyakitkan ok dah.
Dan binder tu juga ai pakai sepanjang pantang.

Lepas doktor Fatima dah check dan puas hati,
petangnya dia kata datang lagi sekali nak tgk keadaan ai.
Dan Alhamdulillah petang tu dia tgk luka semua
nampak elok.
Dan gembira tgk ai dah berjalan haha
Ohoiiii.. takut juga ok berjalan tu.
Nak bangun pun seram.
Tp masa dalam wad...luka tak rasa sangat,
sbb makan pil tahan sakit.

Ini la anak yang paling bertuah.
Nak keluar ikut tingkap.



Tak kisah la caramana sekali pun
nak keluarkan,
yang penting semuanya sihat dan selamat.
Setiap kelahiran pun berbeza,
tak kira la normal ke caesar.

Terima kasih juga kat Qaireen,
Mummy dapat rasa sakit bersalin normal,
dan sakit bersalin caesar.
2-2 ai rasa dan ada pengalaman.

Macam ada lagi story tertinggal,
tp tak boleh nak fikir dah.
Kalau ada kita update balik hihi

No comments: