Tuesday, April 23, 2019

Coway Lama ke Baru


Kami tukar water purifier yang baru. Tukar model sahaja. Kami masih maintain dengan brand yang sama juga iaitu Coway. Lama dah pakai model Petit ni. Rasanya adalah dalam 9 tahun lebih. Eh, dah lama juga rupanya ya.



Kali ini ambil model terbaharu iaitu Villaem II.



Model yang baru ini, saiznya lebih besar begitu juga dengan tangkinya. Selain itu, perbezaan model Villaem II dengan Petit sebelum ini, bahagian air panas boleh diadjust suhunya. Suhunya ada warm hingga hot, mengikut kesesuaian yang kita nak. Bagus yang ini, tak perlu lah lagi nak tambah air sejuk atau air biasa untuk bagi suam air tu kan. Untuk lebih details boleh rujuk website Coway [link]


Eh! gambar bawah ini bukan Coway tapi Qaireen hihi... Gambar 3 hari yang lepas ini, dia demam. Demam-demam pun mampu layan Mummy bergambarkan.



Sekarang ini Qaireen dah baik demam. Alhamdulillah tapi dia tengah batuk dan selesema pula. Sakit ini dia merengek banyak nak dibandingkan dengan demam. Tak selesa agaknya susah nak bernafas dengan hidung berhingus dan sakit tekak sebab batuk lagi. Disebabkan itu Mummy dia satu kerja pun susah nak buat. Qaireen nak berkepit je huhuhu... Semoga cepat sembuh nak oi.

No comments: