Monday, August 10, 2026

Ganti Bag Koyak

Sebenarnya dah lama enZaf tegur beg ai pakai ðŸ˜Ū‍ðŸ’Ļ. Beg itu beg yang sentiasa ai pakai bila keluar hantar ambil anak sekolah, keluar makan lepak mamak atau mana-mana kedai area kawasan perumahan. Kadang-kadang pergi mall pun ai pakai sebab malas nak alihkan barang. Kiranya beg lenjan lah. Lenjan sampai dah terkoyak sana sini hahaha... Bukan tak nak tukar tapi selesa dengan beg tu. Faham tak perasaan tu hahaha.. Bila dah selesa tak kiralah macamana keadaan sekali pun tetap nak pakai yang itu juga.

Inilah rupa begnya. Agak banyak juga koyak dibahagian dalam dan ada sedikit koyak eh berlubang dibahagian bucu beg 😅. Zip dan handle beg tu masih elok lagi. Tapi enZaf memang berbulu tengok ai pakai beg tu hahaha.... suka beg ini sebab ianya besar dan boleh sumbat macam-macam dan tak sakit bahu bila galas. Walaupun beg tu berat macam batu. Lama dah beg Longchamp ni, rasanya dekat 16 tahun kot. Dan ianya beg Longchamp yang pertama enZaf belikan masa dia pergi London. Jauh terbangnyakan ✈️.





Disebabkan enZaf sakit mata, dia belikan ai beg lain 👜. Padahal kat rumah ada saja beg lain cumanya ai tak ada rasa pakai. Tapi dah dia nak beli tu, ai biarkan sajalah. Rezeki jangan ditolak. Sebelum tu dia ada tanya nak beg apa, ai nak beg Christy Ng (CN). Tengok kat CN pun cantik-cantik begnya dan elok apa entah lagi harganya. Bagi ai berbaloi lah. Ada la minat satu beg tu tapi sayang ianya tak ada zip atau butang. Ternganga gitu je macam tak best. Pilih punya pilih dapat lah satu beg yang dapat menyentuh hati hahaha.. tibers..



Saja buat-buat unboxing masa lepak minum di Teh Tarik Place. Surprise yang tak surprise sebab diri sendiri yang pilih. enZaf kalau beli barang untuk ai mesti dia cakap "Happy Birthday" walaupun bukan birthday. Qaireen selalu konfius, berapa kali birthday Mummy ni kan. Lepas tu dia akan buat muka sedih sebab tak ada hadiah untuk dia. Setiap kali tu jugalah Daddy dia kena pujuk. Thank you enZaf! Dia pesan kat ai, beg koyak tu dah boleh buang. Tapi ai tak buang sebab sayang boleh pakai lagi.



Aliah kalau pegang phone ai, mesti akan ada gambar dia dalam tu juga. Jadi kita letak lah dalam blog ni juga. Gambar akak Zahra pun ada juga.



Sunday, August 9, 2026

Cerita Minggu Pertama Ogos

Hari pertama bulan Ogos, 1hb kami melawat akak Zahra. Lepas solat Maghrib baru bertolak dari rumah, akak Zahra nak jumpa malam sebab siang dia study katanya. Masuk asasi ini tak boleh rileks, struggle macam SPM juga. Setiap dua bulan ada test katanya, bertabahlah akak Zahra. Mummy yakin akak mampu menghadapinya, chayok! 💊



Kami ke Bangi jalan-jalan cari makan di sana. Akak Zahra request nak makan kat mamak saja. Sambil tu kami tengok bola ⚽️. Ada live Malaysia lawan sapa entah, lupa hehehe.. Lepas makan kami ke dobi. Dah ambil akak Zahra, haruslah dia membawa pakaian kotornya untuk dibasuh. Tak sempat katanya, sibuk betulkan.



Sementara menunggu setel dobi, ambil gambar dengan anak bujang sorang ni. Lately ini, Mummy geram betul dengan dia. Selalu bikin naik darah ðŸ˜ĪðŸ˜Ŧ. Siang malam penat membebel huhuhu... walaupun macam tu, dia tetap cari Mummy dia kalau nak bercerita apa. Part tu dah lega, risaukan kalau anak-anak ni berdiam dan lebih kawan dari nak bersembang dengan kita.



Esok pagi pula, kami ke padang RRI. Ariq ada tournament bola pukul 8 pagi. Sebelum game dia bermula, sempatlah ai briskwalk sekejap keliling padang itu. Tak pakai kasut pun, hentam sajalah.




Kita ni dah jalan laju tapi bila tengok enZaf jalan santai je. Nampak sangat langkahku ini pendek ðŸĪĢ. Lepas briswalk enZaf ajak breakfast. Tak pergi jauh pun sebab tepi padang tu ada gerai makan. Elok sangatlah enZaf belikan makanan ai. Penat saja keluarkan peluh hahaha.. Menduga betulkan bila kita ni mula buat aktiviti sihat 🙄.



Seterusnya makan bertiga dengan enZaf dan Qaireen di Nandos, IOI Mall Damansara.



Bungkus Nandos juga untuk Aliah dan Ariq. Sempat beli Pretzel di Auntie Anne's juga untuk semua. Dah alang-alang beli tu beli lagi lah Pretzel Friends. Yang pegang kotak tu paling tak sabar nak buka hehe..



Hari seterusnya, hantar Qaireen ke sekolah. Ada masa jalan jem ada masa tidak. Tapi jarang-jarang jem, bila jem ai akan ambil gambar dan send ke enZaf. Saja nak membebel ke dia hahaha..



Ambil Qaireen balik sekolah, ada medal ðŸĨ‰ tergantung di lehernya. Rupanya ada penyampaian hadiah untuk sukaneka Tahap 1.



Seminggu sebelumnya memang kami parents dimaklumkan oleh cikgu kelas yang pihak sekolah mengadakan sukaneka. Cuma tak tahulah bila habis. Itu yang tiba-tiba nampak medal je kat leher dia. Disebabkan Qaireen ini jenis kurang bersukan. Bukan saja kurang, tak minat pun ya juga. Dapat nombor tiga pun ai dah gembira hahaha.. Tahniah Qaireen dan kawan-kawannya! 🎉😍



Monday, July 27, 2026

Selangor Scout Challenge 2026

Adat pertandingan mesti ada kalah atau menang, tak sangka pertandingan Pengakap Petaling Utama (PU) [link] yang Ariq dan kawan-kawannya masuk itu menang. Johan bagi setiap kategori akan mewakili daerah ke peringkat negeri pula. Rezeki anak-anak. Pertandingan kali ini dibuat di Semenyih. Agak jauh nak ke sana, mujur ayah salah seorang kawannya tolong bawakan mereka di hari pertandingan itu. Daerah PU tak sediakan pengangkutan, tak tahu kenapa dan ai pun tak tanya 😎 Terima kasih sekali lagi cikgu sudi snapkan beberapa gambar. Adalah kenangan yang boleh simpan dalam blog ni 😍













Kemenangan tidak memihak kepada mereka kali ini. Dorang sedikit sedih tetapi sekejap saja, lepas tu dah okay. Dalam Selangor saja ada sembilan daerah dan pastinya semua daerah pun buat yang terbaik. Macam ai sebut sebelum ini, kalah atau menang adat bertanding. Yang penting bagi ai, Ariq dan kawan-kawannya dapat pengalaman dan menimba ilmu baru. Tahun depan kita cuba lagi 💊. Oh ya! lepas ini nak kena beli uniform baru. Pengakap dah tukar warnakan. Tahun depan dah wajib pakai warna baru tu.

Tuesday, July 21, 2026

Pretzel Friends

Nampak kat Instagram pasal Auntie Anne's keluarkan Pretzel Friends plushie ðŸĨĻ. Laju ai keluar pergi IOI Mall nak dapatkan plushie ni. Hahahah kerja gila. Jarang-jarang ya ai nak keluar semata untuk benda macam ini. Selalu beli memang kebetulan saja, macam Zus. Kalau ada..ada kalau tak ada pun tak mengapa.



Siapa lagi yang nak meneman ai. Bab pergi mall ini memang laju lah si bongsu nak ikut. Kalau tak pergi mall dia memang nak duduk rumah. Dia siap tanya keluar nak pergi mana, sabar saja lah 🙄ðŸĨī. Sampai saja rumah, Aliah tak balik lagi. Jenguk luar tingkap, nampak dia dengan kawan-kawannya melepak di taman. Gosip apa lah tu kan 😅 Baru balik dari kelas tambahan lah tu. Seminggu ada tiga kali kelas tambahan kelasnya.



Dah masuk rumah, Qaireen tak sabar nak buka kotak Auntie Anne's ni. Sebelum kami buka blind box ini, selalunya masing-masing akan pilih atau teka barang apa yang dapat. Macam Auntie Anne's ni ada sepuluh jenis plushie. Memandangkan hanya kami berdua, Qaireen pilih Choco Pretzel dan ai nak "secret".


Memang rezeki tak salah alamat. Qaireen dapat Choco Pretzel tu hihihihi... Seronoklah diakan. Saja mengusik dia ai nak pretzel tu, tak baginya dia hahaha... Beli ini pun buat seronok-seronok. Apa saja mainan pun akan beri pada dorang. Kita nak join hype tu je ðŸĪĢ



Tuesday, July 14, 2026

Random July Part 1

Entry ni compilekan dua minggu pertama pada bulan Julai. Buat tajuk bukan main lagi ada Part 1 padahal tak adalah banyak sangat nak diceritakan pun hihi.. Bulan Julai ni banyak gambar yang ai snap satu gambar je pada hari tersebut. Sifat kemalasan semakin menjadi-jadi. Kadang-kadang tu ada je aktiviti yang dibuat tapi tak ada ambil gambar, bila nak masukkan dalam blog.. lupa dah apa benda tu. Bila ada satu gambar barulah tahu apa jadi masa tu. Jadilah kan.. dari tak ada ðŸĪŠ. Kali ini bawa Ariq pula makan durian 😋 di jalan menghala ke Kg. Melayu Subang. Sebelum ini dengan enZaf saja [link]. Lepas dia training bola terus ke sini. Makan durian lewat malam, berpeluhlah nak tidur nanti 😅.



Tiba-tiba ada orang ketuk pintu, nak kata ai shopping tak ada pula buat masa ini. Rupanya si anak dara tu ada membeli. Saja hantar gambar kat dia, tak sabar lah tu nak balik bila dapat tau parcel keriangan dia dah sampai. Entah apa la dalam tu, saja tanya Aliah.. kakak dia beli apa. Katanya kpop dia lah. Itulah budak sekarangkan, minat oppa.



Makan di Restoran Cik Bunga. Selalunya kami makan pagi di sini, kali ini cuba makan tengahari pula. Kedainya tak pernah tak ramai, sampai sini mesti kena beratur panjang. Sebabkan dua orang saja, layankanlah walaupun panjang. Kalau semua ada ni, enZaf dah cari tempat lain.



Pergi KK Sg. Buloh, ambil x-ray report ðŸĐŧ mak untuk di bawa ke Hospital Sg. Buloh next appointment. Doktor suspect mak ada Tiroid. Harap-harap tak adalah yang serius 😔.



Setiap kali balik sekolah mesti dia happy 💕. Jaranglah dia sedih atau moody. Seronok betul sekolah ya. Masuk kereta dia akan cerita apa yang dia buat di sekolah. Begitulah.



Teman enZaf ke KWSP. Pertama kali masuk dalam bangunan KWSP di Kwasa Damansara. Cantik tempatnya. Alang-alang dah di sana, ai pun check wang simpanan dalam tu. Lama dah tak kerja, tak ingat dah berapa duit yang tinggal. Alhamdulillah adalah sikit bekalan untuk hari tua tapi kan lagi best dapat keluar duit tu sekarang hahaha...ðŸ’ļ😈



Minum petang di Restoran OAK. Yang nampak minum petang tu ai je sebab makan telur separuh masak dan roti bakar. Dua orang lagi yang depan ai tu dah macam makan malam hahaha..



Seluar tracksuit Qaireen koyak. Katanya ada orang tolak masa naik tangga. Mujur lah sikit saja lukanya. Tolak menolak kat tangga ni memang merisaukan, nak pula anak kita ni kecil je bertambahlah runsing.