Tuesday, July 14, 2026

Random July Part 1

Entry ni compilekan dua minggu pertama pada bulan Julai. Buat tajuk bukan main lagi ada Part 1 padahal tak adalah banyak sangat nak diceritakan pun hihi.. Bulan Julai ni banyak gambar yang ai snap satu gambar je pada hari tersebut. Sifat kemalasan semakin menjadi-jadi. Kadang-kadang tu ada je aktiviti yang dibuat tapi tak ada ambil gambar, bila nak masukkan dalam blog.. lupa dah apa benda tu. Bila ada satu gambar barulah tahu apa jadi masa tu. Jadilah kan.. dari tak ada πŸ€ͺ. Kali ini bawa Ariq pula makan durian πŸ˜‹ di jalan menghala ke Kg. Melayu Subang. Sebelum ini dengan enZaf saja [link]. Lepas dia training bola terus ke sini. Makan durian lewat malam, berpeluhlah nak tidur nanti πŸ˜….



Tiba-tiba ada orang ketuk pintu, nak kata ai shopping tak ada pula buat masa ini. Rupanya si anak dara tu ada membeli. Saja hantar gambar kat dia, tak sabar lah tu nak balik bila dapat tau parcel keriangan dia dah sampai. Entah apa la dalam tu, saja tanya Aliah.. kakak dia beli apa. Katanya kpop dia lah. Itulah budak sekarangkan, minat oppa.



Makan di Restoran Cik Bunga. Selalunya kami makan pagi di sini, kali ini cuba makan tengahari pula. Kedainya tak pernah tak ramai, sampai sini mesti kena beratur panjang. Sebabkan dua orang saja, layankanlah walaupun panjang. Kalau semua ada ni, enZaf dah cari tempat lain.



Pergi KK Sg. Buloh, ambil x-ray report 🩻 mak untuk di bawa ke Hospital Sg. Buloh next appointment. Doktor suspect mak ada Tiroid. Harap-harap tak adalah yang serius πŸ˜”.



Setiap kali balik sekolah mesti dia happy πŸ’•. Jaranglah dia sedih atau moody. Seronok betul sekolah ya. Masuk kereta dia akan cerita apa yang dia buat di sekolah. Begitulah.



Teman enZaf ke KWSP. Pertama kali masuk dalam bangunan KWSP di Kwasa Damansara. Cantik tempatnya. Alang-alang dah di sana, ai pun check wang simpanan dalam tu. Lama dah tak kerja, tak ingat dah berapa duit yang tinggal. Alhamdulillah adalah sikit bekalan untuk hari tua tapi kan lagi best dapat keluar duit tu sekarang hahaha...πŸ’ΈπŸ˜ˆ



Minum petang di Restoran OAK. Yang nampak minum petang tu ai je sebab makan telur separuh masak dan roti bakar. Dua orang lagi yang depan ai tu dah macam makan malam hahaha..



Seluar tracksuit Qaireen koyak. Katanya ada orang tolak masa naik tangga. Mujur lah sikit saja lukanya. Tolak menolak kat tangga ni memang merisaukan, nak pula anak kita ni kecil je bertambahlah runsing.



No comments: