Sunday, April 26, 2020

Solat Tarawih Berjemaah di Rumah


Dalam kita menyambut ramadhan waktu keadaan pkp, rupa-rupanya ada hikmah disebaliknya. Gembira bukan kepalang bagi diriku sebabnya buat pertama kali dapat solat tarawih berjemaah di rumah. Ramadhan sebelum ni ai hanya solat tarawih bersendirian aje. enZaf solat kat surau atau pun masjid. Bertambah gembira bila anak-anak pun turut solat bersama.

Gambar ni sempat ai snap sebelum kami solat Isya' bersama. Yang kenit tu pun nak join sama pakai telekung.



Laju-laju panggil abang Ariq plak join bergambar. Qaireen tu kejap je pakai telekungnya. Lepas tu dia cabut. :p



Sebelum kami mula solat, umpan la Qaireen dengan makanan dan ipad kat dia. Biar dia leka dengan harapan tak kacau kami. Tapi sangkaanku meleset. Kacau juga dia. Habis semua orang dia mengadap dengan bercakap bahasa "Jerman" apa pun tak paham hehehe... berguling duduk melompat semua ada kat atas sejadah. Bertabah la kami. Yang Zahra Aliah dah menahan gelak, tak boleh tahan tengok gelagat adik dorang depan mata. Ai siap tutup mata takut nanti hilang fokus :p

Masa selesai solat tarawih hari pertama, tak snap pun gambar satu family. Semalam baru teringat nak bergambar semua. Saja buat kenangan. Harusla simpan dalam blog ni. Sarungkan telekung kat Qaireen untuk semata-mata bergambar :)



Semalam dugaan buat kami, Qaireen buat aksi berenang kat atas sejadah huhu Bertuah la anak.



Alhamdulillah anak-anak okay solat tarawih setakat ni. Kami buat 8 rakaat aje. Kalau buat lebih mahunya tak larat. Itupun lepas selesai, terus terbongkang. Oh sebelum solat Isya', kami mengaji lepas solat Maghrib. Hari pertama tu je mengaji lepas Isya'.. ai tengah mengemas dapur tak sempat nak tengok. Semoga puasa kalini kami sempat khatam. InsyaAllah.





Thursday, April 23, 2020

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan


InsyaAllah malam ni kita akan menunaikan solat Tarawikh pertama pada bulan yang mulia ini. Diriku akan teruja tiap kali nak sambut Ramadhan. Cuma tahun ini, tahun 2020 berbeza sebab kita menyambut semasa PKP. Tiada bazaar ramadhan, tiada solat tarawikh di masjid atau surau, tiada berbuka puasa di luar dan paling terasa tiada berbuka puasa ngan mak, abah dan adik-adik huhuhu Sedihnya. Terus teringat masakan mak. Selalunya mak akan masak macam-macam lauk untuk anak-anaknya berbuka. Nak nak bubur lambuk.

Apa pun yang berlaku kita kena terima dan redha. Ini semua ujian untuk kita. Sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Allah beri. Memandangkan zaman sekarang zaman berteknologi. Rindu sangat kita masih boleh bervideo call dengan orang tersayang. Boleh buat panggilan, bole berwhatsapp bagai semua. Cuma bertahan je lah tak dapat salam peluk cium mereka.

Hari ini ai masak lauk lebih sikit masa makan tengahari. Tadi masak simple je lauk tomyam ayam dan sayur bayam masak air. Masa sahur boleh panaskan balik lauk-lauk tu. Tinggal ai nak buat telur dadar je sahur nanti. Kurma pun tengahari tadi sampai. enZaf order melalui group KD dalam facebook. Dapat juga kurma kegemaran dia, kurma Ajwa.



Kebiasaannya kalau nak beli kurma, dia beli kat kedai arab dalam Tesco Mutiara Damansara. Ni sebab pkp dia beli online aje la. Kesempatan bulan yang mulia ni, ai nak minta maaf andai kata buat sesiapa yang terasa hati ketika baca blog ni. Tiada niat lain, hanya sekadar luahan perasaan untuk memori diri sendiri. Terima kasih pada yang sudi membaca blog yang tak seberapa ini hihihi...

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa semua. Semoga kita menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya dan terpelihara dari sifat mungkar.

Wednesday, April 22, 2020

Seminar UPSR


Pada 22hb Februari yang lepas akak Zahra pergi seminar upsr. Sebenarnya tarikh seminar dia tu jatuh sama dengan majlis pertunangan adik ai Nani. Pada mula tu, ai agak keberatan nak bagi dia pergi, tapi tengok akak Zahra ni semangat sangat nak join maka ai izinkan la. enZaf pun kata biar la dia nak pergi. Akak Zahra ni memang suka pergi segala jenis bengkel atau seminar. Tak tahu menurun siapa. Yang pasti ai sendiri memang tak suka hahahah teruk betul perangai Mummy dia ni.

Okay berbalik pada seminar upsr dia. Seminar ni dia tahu dari guru kelasnya. Cikgu bagi borang pada sesiapa yang berminat nak pergi. Seminar ni anjuran MindAppz. Yang lebih mengejutkan seminar dia bayar RM1 sahaja. Ye RM1! Macam tak percaya zaman sekarang ada bayaran RM1. Dan seminar tu buat dekat dalam KD jadi lagi senang la nak pergi.

Tempat seminar dalam Segi University. Dapat ai merasa masuk dalam. Kalau sesaja nak masuk memang tak la kan. Hantar seawal pukul 7 pagi. Sempat lagi ai ambil gambar dia kat menara jam Segi ni. Kalau dari jalan luar, memang nampak menara ni. Selalu tengok dari jauh je. Ha kalini dapat dekat terus.



Dah ramai yang sampai rupanya. Sesak dah kawasan luar dewan ni.



Cuma satu je kekurangan masa nak ke dewan ni. Kurang signboard. Mula-mula sampai tu kami tercari-cari juga ke mana hala tuju nak ke situ. Bukan semua orang kenal tempat ni. Bukan apa, kalau tak tahu tu berpusing-pusing juga la ke sana sini mencari. Nak ke dewan tu pun bukan senang, ada naik tangga bagai. Dah nak dekat dewan tu baru ada nampak bunting seminar. Next time, pihak pengurusan boleh la sediakan signboard nak ke dewan banyak sikit bila jika ada buat sebarang seminar. Itu adalah pandangan ai :)

Ambil gambar lagi lepas dah selesai register dan bayar lunch tuk dapatkan kupon makanan.



Masa ni baru jumpa kawan sekolah dia sorang. Kawan baik dia Syafi masih beratur lagi untuk pendaftaran. Selesai semua kawan-kawan dia daftar sempat la ai ambil gambar dorang. Kawan dia kat belakang tu tinggi betul. Lagi tinggi dari ai hehehe Tak sedar plak gambar blur, sebab lepas ambil gambar ni terus ai balik.



Lepas keluar dari Segi pergi breakfast dan balik rumah bersiap-siap nak balik Sg. Buloh untuk majlis pertunangan adik ai pula. Dalam pada masa yang sama, sempat la skodeng dalam IG MindAppz ni. Ada buat live sikit sepanjang seminar berlangsung. Dan ai tengok gambar yang pihak pengurusan upload. Kemain anak dara tu duduk depan sekali. Mummy ko dulu kat universiti, tak duduk tengah duduk tepi. Depan memang jarang sangat. :p







Oh..tahun ini, UPSR dibatalkan. Akan ditangguh pada tahun 2021. Tarikhnya akan diumumkan kemudian. Perasaan ai masa tu agak bercampur baur. Gembira ada sedih pun ada. Gembira sebabnya kurang stres untuk diriku mengajar dalam rumah ni. Ya Allah, sangat menguji kesabaran okay belajar kat rumah. Jenuh nak cakap belajar belajar belajar. Budakkan.. dia tahu nak main je. Cakap kita bukan nak dengar, nak nak Ariq tu. Main banyak hehe. Perasaan sedih sebabnya lama lagi la nak selesai examnya. Penantian satu penyeksaan ok. Akak Zahra dia suka ada sedih pun ada juga. Awal-awal beritahu ai lambat lagi la nak habis UPSR ni mummy. Ye anak. Bersabarla kita menghadapi ujian ini. Bukan setakat belajar saja, orang yang bekerja pun mengalami masalah yang sama juga. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita. InsyaAllah.


Tuesday, April 21, 2020

Resepi: Roti Pizza Mudah dan Sedap


Kalini akak Zahra buat makan malam untuk kami. Ye kami makan roti je. Jarang sebenarnya makan nasi waktu malam. Dorang ni memang suka makan ringan sikit waktu malam. Jadi mudah kerja Mummy. Tak perlu masak lauk banyak-banyak. Hanya masak nasi untuk makan tengahari aje.

Disebabkan roti pizza ni senang nak dibuat. Nak pula pakai roti Gardenia. Maka ai suruh akak Zahra je buat semua. Kebetulan bahan-bahan ni memang dah ada sebab ai masak spaghetti bolognese sehari sebelumnya. Tu yang bila dah ada bahan, apa lagi on aje la projek roti pizza :p


Bahan-bahan

Roti gardenia
Mozarella Cheese
Sosej (dicelur)
Chicken Ham (dicelur)
Cendawan butang (dicelur)
Bawang
Sos Prego atau Tomato Puree

Cara Penyediaan

Pastikan Sosej, Chicken Ham dan Cendawan dicelur ataupun direbus terlebih dahulu. Kemudian hiris nipis kesemuanya. Letakkan roti Gardenia di dalam loyang. Kalau ada tray nipis lagi bagus. Dah susun roti renjiskan dengan air bagi roti tu lembab sket bila bakar nanti. Sapukan roti dengan sos prego atau tomato puree. Letakkan bahan-bahan lain di atas roti mengikut kreativiti masing-masing. Jangan lupa taburkan cheese.

Masukkan dalam oven, bakar dalam 200°C selama 15 minit.





Serious anak dara ni masak. Ai ambil gambar pun dia tak sedar.



Sebenarnya bahan-bahan ni ikut kesukaan masing-masing. Kalau suka letak tomato sila la letak. Dan tiada sukatan. Lagi banyak bahan lagi sedap. Memandangkan akak Zahra first time buat. Dia agak berhati-hati sikit. Close up pizza dia buat.



Lepas ni kalau dia nak buat lagi, ai suruh dia letak banyak sikit. Nak nak cheese tu kan. Ada cheesedale lagi bagus. Bagi melimpah ruah. Ni sebab buat ikut apa yang ada aje. Alhamdulillah kenyang Mummy, Daddy dan adik-adik malam tu. Thank you akak Zahra :)

Monday, April 20, 2020

Dengan BFF Sebelum PKP


Masa pkp ni, bukan sahaja rindu pada keluarga. Diriku rindu jua pada sahabat-sahabat. Terutamanya kawan baik kita. Masa cuti sekolah bulan 3 yang lepas, sempat juga kami jumpa walaupun sekejap. Perjumpaan yang tak dirancang. Tanya siapa free ajak jumpa. Semua reply kecuali Anis.

Dalam pada tu, punya la masing-masing pilih nak jumpa kat mana. Macam-macam la cadangan keluar. Ada yang tak makan ni. Ada yang nak makan itu. Bila dah decide kedai, sampai-sampai tutup plak kedainya hahaha Akhirnya kami pilih kat Secret Recipe aje.



Makanan petang anak-anak. Yang ni Shinjuku Nutella Bake dan lagi satu ai order mac & cheese. Yang ni ai tak ambil gambar makanan. Yang pasti dua kali order mac & cheese. Tak cukup plak. Kemain laju makan masing-masing.



Untuk ai Shinjuku Caramel Bake. Share dengan yang lain. Tak boleh habiskan sorang-sorang.



Ada lagi gambar-gambar tapi semua dekat phone Nowwa. Dia dah send kat whatsapp cuma ai je tak save lagi. Save satu je dulu yang ramai-ramai ni sebelum balik. Pecah pula gambarnya.



Masa kami semua nak balik, sempat lagi berborak. Konon dah bye bye tapi balik tak juga. Ada je benda nak bercerita. Tetiba ada seorang lelaki cina ni approach kami offer nak ambilkan gambar kami ramai-ramai. Wah terharu ok. Memang ai ada plan nak bergambar ramai-ramai, tapinya tengok keadaan yang agak huru hara sebab anak-anak bertempiaran ke sana sini, punya payah panggil sorang-sorang. Maka kubur je lah hasrat tu. Tak sangka bila ada orang offer tu rezeki sangat. Alhamdulillah. Nak bergambar ni pun adalah dekat 10 minit nak panggil semua datang berdiri diam-diam pandang kamera hahaha Huru hara kecoh riuh kami kat depan kedai. Buat malu orang je :p

Apa pun diriku sangat bahagia bersama dengan orang tersayang. Moga cepat kita bebas dari virus Covid-19. Dan boleh la ai berjumpa dengan mereka.