Monday, June 3, 2024

Majlis Pertunangan Adik Bongsu

Macam tak percaya adik bongsuku nak bertunang. Along dia sentiasa rasa dia masih lagi budak yang berumur belasan tahun. Rupa-rupanya umur dia sekarang ini dah layak bergelar seorang isteri hehehe... Gambar di bawah adalah pelamin untuk hari pertunangan esoknya. Qaireen sibuk nak bergambar kat situ dan dia memang duduk kat situ saja tak berganjak. Cantik katanya ☺️



Pelamin adikku ini menggunakan khidmat yang sama juga dengan majlis pertunangan Nani [link]. Senang dah kenal dan dekat dengan rumah, apa-apa mudah untuk dihubungi. Cuma tunang kali ini kami pakai baju apa yang ada sahaja. Majlis bermula lepas lepas solat Zohor. Pagi tu kami semua mula mengemas, buat sendiri sahaja dan menggunakan kerahan tenaga buruh kecil.



Oh! tiada paksaan, mereka sendiri volunteerkan diri dengan senang hati. Tumpang seronok sebab meraikan hari bahagia Mak Su dorangkan. Hantaran dari ke dua-dua belah pihak. Tiga dulang berbalas lima dulang.





Cantiknya adikku ini, tiba-tiba rasa sebak pula. Aish... Alongnya macam tak boleh nak move on. Ini baru tunang, belum kahwin lagi huhuhu...











Gambar di atas tak complete, tiada arwah Achik. Kalau dia ada mesti lagi happy kami semua. Gambar di bawah pun pun tak complete juga, akak Zahra sorang saja yang tak ada 😔. Dia kena balik awal ke asrama sebab ada kelas tambahan.



Mentang-mentang kerja di Ikea, door gift pun beri barang Ikea juga. Boleh la pakai masa beli barang groceries kan 🛍️😁



Tahniah adik bongsuku Yusreena. Semoga ikatan pertunangan ini membawa ke akad pernikahan. Selangkah lagi..arrr gitu hehehe..



Hari majlis pertunangan adikku ini sama dengan tarikh perkahwinan kami. Jadi pengantin lama pun nak bergambar juga.



Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-18 buat kami berdua. Hashtag till Jannah 💕

2 comments:

mummy_ayu said...

happy aniversary to pengantin lama....moga kekal bahagia hingga ke jannah.. and congrats..dpt adik ipar baru

Nurhayati said...

Aamiin.. terima kasih Mummy Ayu.