Alhamdulillah, akak Zahra dapat masuk ke dalam universiti impian dia. Rezeki dia dapat belajar Asasi di sini. Kami gerak dari rumah tidaklah awal sangat, dalam pukul 10 pagi lebih. Awal pagi Ariq ada game bola. Sempatlah selesaikan urusan dia dulu, lepas tu laju-laju balik rumah untuk uruskan akak Zahra pula.
Masa akak Zahra tengah mendaftar di dalam pejabat, ai pun masuklah dalam pejabat tu juga. Saja nak tengok keadaan dalam pejabat kolejnya. Nampak kemas, elok dan ramai juga staf dalam tu. Mungkin ada bantuan dari pelajar kolej itu juga agaknya untuk memudahkan urusan pendaftaran. Masa tengah tengok-tengok tu, tiba-tiba staf kolej tegur ai. Katanya macam familiar dan pernah nampak. Rupa-rupanya dia berkawan dengan arwah adik ai Hazirah. MasyaAllah kecil betul dunia ya. Boleh pula bertemu dengan orang yang baik. Alhamdulillah, boleh lah dia tengok-tengokkan akak Zahra sepanjang di kolej ini 🤭. Sekejap saja masa diambil untuk daftar kolej. Segala dokumen hanya perlu lengkapkan di dalam sistem, di kolej sekadar bawa slip pendaftaran saja dan akan dimaklumkan bilik dan blok. Kunci bilik disediakan dalam bilik terus.
Rezeki akak Zahra dapat bilik tiga orang. Tapi yang mendaftar hanya dua orang saja. Bertambah selesa lagi lah kan. Untuk pelajar Asasi ada dua jenis bilik, satu bilik ada tiga katil macam akak Zahra dapat ini dan satu lagi bilik ada enam katil. Tinggi panjat tangga ke tingkat biliknya, ketar juga lah lutut tu 😮💨🤣. Kemas katil dulu, simple and clean. Loker tak mengemas lagi tu. Mentang-mentang dekat dengan rumah. Mahunya tiap minggu balikkan.
Semoga akak Zahra dapat kawan dan cepat serasi dengan tempat baru ini. Belajarlah bersungguh-sungguh hingga menggapai cita-citanya untuk menjadi seorang pakar veterinar. Sebenarnya ikutkan dia tu, nak sambung belajar di luar negara. Dia memang survey ya universiti luar negara yang tawarkan veterinar ini. Bila tengok yuran pengajian, tak mampu nak telan air liur Mummy ni hahahaha.. doakan Daddynya banyak duit 🤲, mana lah tahu dapat sambung ke luar negara. Sekarang ini fokus pada Asasi 😆. Dah selesai mengemas, boleh bawa anak keluar atau pun balik. Pendaftaran di sini dua hari untuk mengelakkan kesesakan. Taklimat dan orientasi bermula lusanya. Jadinya mana yang dekat tu memang balik rumah semula lah hehehe.. Sama la dengan kes akak Zahra ni kan. Daddy dia cakap jenuh la hantar ambil dia. Ai balas balik suruh dia balik dengan MRT saja 😏.
Sempatlah kami pusing-pusing dalam kawasan fakulti. Nak tengok tempat Asasi dia juga. Dah alang-alang di sana, kami terus ke IOI Mall. Lunch dan jalan-jalan tawaf mall. Ramai betul orang ya kat IOI ni, pening kepala. Tempat pula besar. Penat jugalah berjalan. Rasanya tempat ini akan jadi rumah ke dua akak Zahra dan kawan-kawannya. Habislah laju langkah dorang tu ke sana sini.
Masa daftar ini ai tak ambil pun gambar dengan dia. Bila hantar semula ke kolej barulah ambil gambar. Itu pun dah malam gelap hahaha.. kat sini boleh hantar anak sebelum pukul 12 pagi. Selamat menempuh campus life anakku!

No comments:
Post a Comment