Baru ada kesempatan nak meraikan hari Wedding Anniversary kami, ceh! ayat macam nak sambut gilang gemilang saja hahaha... padahal tak ada apa pun sangat. Hari anniversary sibuk dengan pertunangan Yusreena [link], jadinya kami fokus kat majlis dia saja lah. Esoknya barulah enZaf ajak keluar jalan-jalan. Itu pun kami tak pergi jauh mana pun, sekadar ke OU saja 😅 Keluar pun lepas solat Asar.
Tak membeli apa, kami hanya window shopping. Melayankan anak-anak saja ke sana sini.
Qaireen pantang nampak Cotton Candy, mesti kena beli. Masa awal-awal dulu Qaireen baru belajar makan Cotton Candy ini, dia boleh makan hadap sekali jalan licin satu bekas 😱🙄. Punyalah ai terkejut, selepas dari itu ai ajar dia makan separuh. Lebih tu simpan makan esok pula. Sekarang dah pandai hihihi...
Sekejap saja kami di OU, enZaf ajak minum petang di Kenny Hills Bakers pula. Katanya dia nak bawa ai makan Peach Strudel. Tapi sedih Peach Strudel dah habis 😢. Ganti dengan apa entah namanya, perisa Strawberry. Sedap juga tapi tak sesedap Peach Strudel ku huhuhu...
Simple saja raikan anniversary kami, dapat keluar makan pun dah gembira. Nak wish lagi sekali, Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-18 buat kami!! Semoga keluarga kita sentiasa dalam keadaan sakinah, mawaddah dan warahmah 👩❤️👨

No comments:
Post a Comment