Wednesday, October 21, 2026

Penangguhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Sebelum ini ai pernah beritahu yang akak Zahra dapat panggilan PLKN 🪖 masa post bulan Ogos [link] Dapat tahu melalui SMS (Short Message Service). Lajulah ai forward mesej itu pada dia melalui Whatsapp. Bila dia tanya ai dapat dari mana, kita pun beritahu lah melalui SMS. Dia tanya SMS itu apa hahahaha.. 🤣 itu lah kan generasi sekarang mana pakai SMS dah. Semuanya Whatsapp atau pun Telegram. Lepas dari beritahu dia tu, ai cakap kita uruskan hal PLKN ini selepas dia selesai Test 1. Waktu itu dia minggu exam. Dalam masa yang sama dia gembira dan sedih bila tahu dia terpilih dalam program ini.



Selesai minggu exam, akak Zahra balik rumah. Masa di rumah lah dia tengok semula PLKN ini. Calon pelatih hendaklah melayari website ePLKN [link] untuk membuat semakan tawaran untuk menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)🪖🇲🇾 ini. Jika nama tersenarai, perlu mendaftarkan diri di dalam portal PLKN. Ada butang "Daftar" selepas kita semak melalui nombor kad pengenalan. Perlu daftar sebabnya dalam portal itu lah baru kita boleh buat penangguhan jika perlu. Hanya ikut saja arahan atau langkah yang diberi.



Di dalam sistem atau portal PLKN itu, perlu diisi beberapa butiran sebelum memilih penangguhan. Kiranya kita perlu lengkapkan segala butiran yang diperlukan, selesai semua barulah "Butang Penangguhan" akan diaktifkan. Tak banyak yang perlu diisi, dan ada beberapa dokumen seperti surat tawaran dan lain-lain yang perlu dimuat turun. Dalam bahagian Penangguhan, kita perlu upload beberapa dokumen sebagai bukti kenapa penangguhan itu dibuat. Masa ini lah akak Zahra masukkan surat tawaran belajarnya. Alasan penangguhan pun disebabkan dia sedang dalam pengajian di universiti. Dah isi maklumat dan muat naik dokumen barulah kita tekan butang "Hantar". Selepas itu di dashboard akan paparkan permohonan penangguhan sedang diproses. Selepas 14 hari bekerja, kita boleh masuk dalam portal semula untuk semak samaada permohonan penangguhan kita buat itu berjaya atau tidak. Senangkan, mudah saja sebenarnya. Tak perlu buat surat atau call. Semuanya melalui portal saja 👍.





Lepas dari itu ai terlupa nak check semula permohonan penangguhan akak Zahra ini. Dia pun sama terlupa juga disebabkan kesibukan belajarnya. Sampailah satu hari dia Whatsapp ai tanya status permohonan. Masa tu ai tengok tarikh pun dah lepas 18 hari dari tarikh lapor diri PLKN. Masaklah kalau tiba-tiba permohonan tak berjaya tapi tak sedar dah terlepas tarikh. Ai suruh dia check sendiri dalam portal, tup tup dia hantar gambar. Fuh! lega rupa-rupanya permohonan penangguhannya berjaya 😮‍💨. Alhamdulillah.



Penangguhan akak Zahra ini selama setahun, sebab penangguhan mengikut pada tarikh akhir pengajiannya. Pengajian Asasi setahun saja, lepas dari itu ai pun tak pasti sama ada PLKN akan hantar mesej lagi atau tidak. Kita tunggu sajalah bila habis setahun itu nanti. Kalau sampai lagi dan tiba-tiba waktu itu akak Zahra dah sambung belajar, kita buatlah penangguhan lagi melalui proses yang sama juga. Di bawah ini adalah carta alir untuk lebih jelas lagi bagaimana menggunakan portal PLKN.



No comments: