Saturday, October 2, 2010

Jaundice


Hari ke-5 (Jumaat),
kami kena bawak Aliah gi KJMC
tuk wat jaundice checkup.
Kebetulan mmg tgk kat Aliah tu
ada kuning sket kat muka.

Pas wat blood test,
bilirubin level result 200mmol/L.
Paed kata kami bole balik tapi
dia suh kami jumpe dia balik hari Isnin, nak tgk
check balik kuning dia turun ke naik.

Isnin tu kami datang balik kat KJMC,
buat lagi skali blood test.
Result kali ni,
makin tinggi 245mmol/L.
Paed suggest kami buat Home Phototherapy,
tak perlu admit sbb tak kritikal sangat.
Kalau cecah 300 ke atas baru kena admit.

Memandangkan ni first time tuk kami,
baby kena kuning.
Time Zara dulu tak kena.
Agak cuak gak,
tapi ramai kawan2 kata
jaundice ni biasa kena kat baby.
Lega la sket hati ni.

Ni la rupa mesin phototherapy
yg buat kat umah.
Guna pakai tuk 3 hari.
Setiap 2 jam kena kuarkan Aliah
tuk bagi minum susu dan
check kalau ada poopoo.

Masa Aliah dlm treatment,
tak amik gambar dia.
Tapi camni la rupanya bila
kami letakkan dia kat dlm mesin ni.
More info http://www.bluelite.com.my



Advantage pakai home phototherapy ni,
kita tak pening nak ulang alik
or admit kat spital.
Pastu senang nak bagi baby susu
exspecially breastfeeding ni kan.

Pas 3 hari wat home treatment ni,
kena jumpe Paed dan wat blood test lagi.
Alhamdulillah Aliah dah takde kuning,
dan levelnya dah turun sampai 146
(normal kurang 160).

13 comments:

Liza said...

it's good to have this option now, dulu mmg takde choice but to stay in the hospital

UmmiRosma said...

Tahniah..di atas kelahiran puteri ke dua...

Breastfeed baby sebanyaknya...and I will pray for her wellness..amin...

¥ α Ŋ α Đ z µ £ said...

kesian bb aliah..

takpa duk bwh lampu tu.. pasni kuning dia akan kurang..

danish dulu kena jaundis pestu dok bwh lampu.. tp masa damia skit je jaundis dia.. tak kena tahan wad

Connie said...

Owh yati... bb uzair dulu pon kena jaundis, duk bwh lampu, by 2 meeks pon still ade.. kena pro-long jaundis.. kena check air kencing & amik smple drh untuk tgk kot ade risiko lain.. alhamdulillah takde ape2.. sedeh sgt time tu.. huhuhu..

~ As ~ said...

kat sabah takde pun sewa benda, sian kitorang kena berkampung kat hospital seminggu...

mrsharis said...

auni pun kuning gak aritu..268. DIsebabkn masa lahir berat dia x seberapa so warded 1 malam.

Canggihnya skng ni siap boleh bawak balik buat kt umah.

adda said...

alolo kesiannye. semoga aliah cepat sembuh yee

mummysyafie said...

yatie..lama nya nor tak jenguk sini since cuti raya arituh. alhamdulilah zara dah ada adik..

hopefully Aliah cepat sembuh

Dee said...

phototherapy tu doc bg sewa ke sis? baguslah kalo gitu kan..senang parents x perlu ulang alik ke hospital..

LIP (^_^) said...

tahniah for ur second baby ye..hope she'll get well very soon..

mamazana said...

kalau mummy nak tahu, anak2 mama sume dikatakan kena jaundice sbb darah x sama dgn mama diorg ni. darah sume ikut papa.

paed bgtau, kalau darah baby berbeza dgn darah ibu, possibility nak kena jaundice tu mmg ada.

tp aliah dah sihat kan... x lama lg mesti mulat mcm kak zara...

CuTeMiUt78 said...

oh.. bagus ya.. blh bawa blk benda tu kan..

Zuhaini said...

oh.. bagusnya boleh bawak balik rumah! :)

tahniah ya di atas kelahiran baby yg sangat cute! :D